Friday, May 2, 2008

yang sengal di hatiku


Baru-baru ini ada sesi dialog antara pelajar dengan coordinator cohort 2. Segala isu terkini, sensasi, malah sengal telah diutarakan. Riuh rendah makanya dewan kuliah tersebut. Tidak kurang hebat juga ya encik Wow kita mengutarakan ketidakpuasan hati beliau berkenaan hostel Ipba ini. haihh.. kalau dah tak suka itu ini, duduk sajalah di luar. Pasti hidup anda jauh lebih bahagia. Jujur dan tegas saya mengatakan bahawa saya amat menyampah setiap kali dia bersuara.

Sementara itu banyak lagi hal-hal yang berkaitan peraturan-peraturan Ipba yang dipercayai oleh ‘segelintir orang’ bahawa ianya tidak relevan. Tidak relevan? Wahh wahh wahh hebatnya anda bersuara ya. Namun saya berpendapat ini adalah perkara biasa, sesetengah orang yang baru pulang dari luar negara kebiasaannya akan berfikiran ‘terlebih luas’ dan lantang menyuarakan pendapat. Apakah ini perubahan yang bagus? Hmm entahlah, saya tidak pasti. Apa yang penting, biarlah kita berfikiran luas dan lantang bersuara BETUL pada tempatnya. Tak begitu? (encik wow, adakah anda betul?)

Pada dasarnya entri ini merupakan luahan rasa yang kurang senang dengan segelintir orang yang saya sebut di atas tadi (termasuklah encik wow kita yer). Dalam ertikata lain tulisan kali ini adalah luahan rasa meluat, meloye, geram, nak cubit (kegemaran fariza dan ainee nih), nak maki (ini pula kegemaran saya dan nisa) dan banyak lagi. Huhhh nampaknya saya sudah mula terasa emo.

Saya percaya bukan hanya saya seorang diri sahaja yang merasakan perasan sebegini, malah hakikatnya hampir lebih daripada separuh komuniti cohort 2 juga begitu (bab ini saya amat yakin!). Kenapa ya? Apa yang golongan ‘segelintir’ ini telah lakukan? Tak perlu saya terangkan semua itu, kerana saya tak kuasa dan malas. Yang pasti disini, saya percaya mereka ini telah lupa banyak perkara, berlagak bagus dan selalu berkelakuan yang boleh mengundang pelempang! Nampaknya saya memang sudah keemoan. Harap maaf.

Banyak yang saya tidak faham dalam hal ini. Mengapa kalian semua sudah berubah sehingga ke tahap itu? Mengapa? Mengapa?! Apakah kalian fikir hanya kalian sahaja yang pernah belajar di luar negara? seperti kami semua tidak pernah tahu keadaan sebenar negara-negara asing itu? Apa yang kalian mahu tonjolkan dan buktikan kepada kami semua sebenarnya? Kelainan dan ‘kehebatan’ sebegitukah?? Apakah kalian masih tidak sedar bahawa kalian sudah pulang ke tanah air?? Kenapa perlu dibawa balik segala macam ‘penyakit’ luar negara itu?? Kenapa?! (arghh saya sudah tensi)

Sekiranya boleh ditempik dan dipekik di hadapan setiap satu muka-muka mereka ini, supaya menjadi lebih relevan dan sesuai dengan kehidupan masyarakat kita, alangkah bagusnya!! Malangnya saya Cuma dapat meluahkan rasa di blog ini sahaja. Lagipun saya tidak yakin itu adalah cara yang betul. Tidak perlu agresif, pasti ada cara yang lebih berhemah. (saya bukan pengecut, jika perlu saya berbuat seperti di atas, saya hanya patut menunggu waktu yang sesuai)

Entahlah..entahlah..nak diabaikan, aduhhh sakit sungguh mata melihat dan telinga mendengar. Kalian yang saya maksudkan di atas, benar anda berhak melakukan apa sahaja di atas muka bumi ini. Saya mengatakan ini atas nama hak kebebasan individu. Tetapi fikirkanlah, segala yang kalian telah atau sedang lakukan itu sama sekali tidak sihat dan tidak mendatangkan sebarang faedah kepada sesiapapun. Malah amat merosakkan rohani dan jasmani. Dan yang paling penting, menjejaskan masyarakat, negara dan agama! Astaghfirullahh….

Aduhh boleh katakan saya terlebih ambil berat pula hal ini. Bukan kerana apa, teringatkan kata-kata ibu kepada teman baik saya yang mengatakan hal ini merupakan ‘penyakit ummat’, jadi wajib diambil berat. Serius benar bunyinya kan? Sepatutnya begitu. Sampai di sini saja. Mohon maaf atas segala kekasaran yang anda kenalpasti di sini. Saya bukanlah gadis lemah lembut dan ‘demure’.

Sekian.


P/s: encik wow! diberi gelaran kerana setiap kali saya terlihat dia, pasti saya akan merasa ‘wow!busuk giler!’ atau ‘wow!poyo bapak!’ atau ‘wow!buruk nak mati!’ atau ‘wow!bajet best ke ape!’ atau banyak lagilah bergantung kepada apa yang dilakukannya ketika itu. Hahaha

No comments: