Thursday, May 1, 2008

Bersantai~


ALHAMDULILLAH..syukur semuanya telah berakhir. Maksud saya segala assignment telah disiapkan dengan paksa-rela dan telah selamat dihantarkan ke pejabat. Fuhhhhh…lega sungguh rasanya hati ini. Rasa bahagia dan aman damai sekali. Wahh~ Selamat tinggal wahai assignment! Sesungguhnya saya tidak mahu kita bertemu lagi. Hahaha.

Oh, saya sebenarnya belum lagi betul-betul bebas merdeka dari segala aspek akademik. Aduhaii peperiksaan final sedang menanti pada minggu hadapan (benci!!). Tetapi tidak mengapa, hanya ada dua kertas peperiksaan yang harus diperangi. Oleh demikian, buat masa ini saya mesti merehatkan minda serta menjauhkan diri daripada sebarang unsur-unsur akademik, dan seharusnya saya menghiburkan hati dan bersantai~~ oh nikmatnya! =)

Menulis blog bukan berakademik kan? Haha. Jadi marilah bersantai sambil memblogging.

Malam semalam saya dan teman-teman ‘terpaksa’ makan malam di McDonalds Midvalley. Alasan untuk ‘terpaksa’ ini adalah kerana kami mahu menggunakan kupon-kupon percuma McD, makanya kami terpaksalah makan di situ. Boleh diterimakah alasan begitu? Saya rasa boleh. Hehe.

Bersama-sama kami pada malam itu juga ialah saudari Anna Kournikova (Ya, ini bukanlah namanya yang sebenar). Dia merupakan bekas housemate saya dahulu sebelum kami semua ke luar negara. Sama seperti cik Nisa dan cik Nisha juga (ini pula adalah nama sebenar). Sambil kami makan-makan dan minum-minum dengan seronoknya, terimbas pula kenangan-kenangan ‘masam manis’ semasa tinggal kami serumah dahulu bersama 7 orang yang lain.

Masih segar diingatan saya, 105B ialah nombor rumah kami. Rumah ini juga telah disenaraihitamkan oleh jabatan HEP kolej. Tidakkah anda ingin tahu kenapa HEP berbuat sedemikian?? Sebenarnya mereka memang jahat. Haha. (saya hanya bergurau) Alasan mereka berbuat begitu adalah kerana rumah kami telah membawa masuk dan menyimpan banyak BARANG LARANGAN. Hahaha. (bunyinya seperti satu jenayah besar!). Pada hakikatnya, tiada apapun barang larangan yang kami bawa masuk ke rumah, cumanya rumah kami penuh dengan perkakas-perkakas dan perabut yang lengkap bagaikan rumah sebenar! Siap dengan set meja makan, permaidani, peti ais dua tingkat, mesin membasuh, microwave, pengisar elektrik, hotplate, periuk nasi elektrik (ada 2), mesin pembuat kopi, cerek elektrik (ada 3), pembakar roti elektrik, dan tak lupa juga yang paling penting, televisyen dan pemain video! (Tak perlu tahu di mana kami dapat kesemua barang-barang ini. Yang pasti kami tidak curi). =)

Apakah pendapat anda? Tidakkah anda semua inginkan hostel yang selesa dan sangat ‘heaven’ sebegini? Pastilah jawapannya ya! Dan kerana itulah kami serumah dikecam hebat oleh pihak HEP (erm mungkin mereka cemburu kami hidup sangat selesa..hehe). Mereka telah beberapa kali memberi amaran supaya kami menghantar pulang semua perkakas dan perabut rumah, tetapi kami hanya buat tidak endah sahaja. (Bolayan!Hahaha).

Pernah satu ketika Tuan Pengarah Ipba, bersama timbalannya serta warden-warden dan staff lain datang ke rumah untuk melihat-lihat keadaan rumah kami. Tuan Pengarah tidak sedikit pun marah, malah duduk dengan selesanya di meja makan sambil berbual-bual dengan kami. Dia siap bertanya ,”dapat jelas ke rancangan tv kat sini?” sambil menunjuk ke arah tv (tidakkah Dr Sofi sangat cool?? hehe). Walau bagaimanapun, ‘lawatan’ mereka tidak berjaya mengubah pendirian kami untuk terus menggunakan perkakas dan perabut di rumah itu. (nampak sangat kami sangat degil bukan?) =P

Namun begitu, setelah rumah kami menjadi sasaran HEP selama hampir satu semester, kami akhirnya akur kepada mereka dan bersetuju untuk mengeluarkan kesemua peralatan rumah kami itu (bukan kerana apa, tidak mahu bergaduh dengan HEP terlalu lama). Hehe.

Seronok sebenarnya bila teringati kembali betapa seronoknya kami tinggal di rumah ketika itu. Terlalu banyak kenangan di minda saya sekarang yang nak dikongsi bersama. Antaranya…

- Cik Nisha yang selalu sibuk di pagi hari menyediakan breakfast yang sangat lazat seperti sosej, telur dan baked beans (untuk dia seorang saja lar).

- Peti ais kami yang sentiasa penuh dengan segala macam makanan. Sebut saja kami pasti ada. Haha.

- Makanan kami yang adakalanya hilang tidak diketahui di mana (beser tuh sape yang amek!)

- Orang-orang yang sering datang meminjam microwave dan mesin membasuh kami.

- Dapur kami yang penuh dengan peralatan memasak, pinggan mangkuk, serta lengkap dengan segala rempah ratus.

- Kami yang selalu menonton cerita-cerita hantu pada malam sabtu (Saturday Night Horror kami panggil).

- Kami yang kadang-kadang bergotong-royong memasak makanan dan makan bersama-sama. (di sini kami menunjuk bakat-bakat seperti chef, tukang kerat, tukang kupas, tukang basuh, tukang goring dan sebagainya).

- Kami yang selalu melepak di meja makan sambil bercerita dan bergossip. hehe ini perkara biasa bukan?

- Kami yang selalu baring-baring dan berbual-bual di atas permaidani sehingga tertidur (ini kegemaran saya).

Dan banyak lagi..oh amat banyak! Terasa rindu pula pada masa lalu. Sungguh rindu! Itu belum termasuk kisah-kisah ketika mengangkut dan memindahkan barang-barang. Hahaha! Tak sanggup nak diceritakan di sini, saya khuatir ia akan memalukan sesetengah individu (kuikui). =P

Wah banyak sungguh saya merapu di sini ya. Hehe. Cukuplah setakat ini saja rasanya. InsyaAllah jikalau ada masa, teringin nak menulis tentang ‘common room’ pula. Hahaha. Ini adalah satu lagi perkara gila pernah saya dan teman-teman lakukan dahulu. Sesungguhnya, ikhlas saya mengaku di sini bahawa saya dan teman-teman yang terlibat adalah BUKAN pelajar yang selalu patuh dan akur dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan di Ipba ini. Kami bukan skema. hehehe.

Sekian. Love and Peace to all.

No comments: