Tuesday, May 6, 2008

Penyakit yang jarang-jarang


Atas nama cinta yang mana saya percaya dimiliki oleh setiap insan di muka bumi ini, maka izinkan kali ini untuk saya meluah sedikit rasa hati yang sudah terlalu lama terbuku. Bukan niat saya untuk mengungkit kisah silam yang teruk meranapkan kekuatan diri, tetapi kerana kesannya yang amat memakan jiwa sehingga ke saat ini. Saya sudah tidak mampu lagi. Saya sudah tidak berdaya lagi. Adakalanya ia mampu merubah saya dari seorang yang gembira dan penuh ceria kepada seorang yang amat marah, geram, benci, dan penuh dendam. Semua ini angkara cinta lama yang tidak pernah mahu pergi jauh, tidak mahu lenyap, tidak mahu berundur, tidak mahu berambus dari hidup saya.

Bukan maksud saya bahawa cinta lama itu masih saya harapkan, oh TIDAK sama sekali. Jauh sekali untuk itu. Bolehkah mati hidup semula? Ianya sudah pasti mustahil. Dan saya tidak akan mempercayai keajaiban untuk perkara sebegini lagi. Sama sekali tidak. Hanya dongeng semata bagi saya. Namun mengapa mesti semua ini masih wujud? dan kadang-kadang mengganggu hidup kita? dan mengganggu bahagia baru yang sedang kita nikmati. Mengapa?? Bukankah sepatutnya perkara lama seperti ini elok dilupakan dan diabaikan sahaja?

Saya sungguh tidak faham. Langsung tak mengerti ke mana hala arahnya. Terlalu banyak kemungkinan untuk mengenalpasti sebab musababnya. Memikirkan hal ini cukup mampu melenyapkan mood saya seharian dan menjejaskan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran hidup saya. Sering saya bersungguh-sungguh cuba mengelakkan semua ini. Membutakan mata, mentulikan telinga. Saya tidak mahu lagi ia muncul dalam hidup saya, tidak mahu ia datang semula, jauh sekali untuk mengingati kembali kisah-kisah lama itu! Malangya ia tetap muncul dan datang kembali tanpa rela saya. Tanpa saya dapat mengelak walaupun saya telah sedaya upaya mencubanya. Hm tidakkah anda juga tertekan jika berada di tempat saya?

Adakalanya saya menjadi tidak tentu arah kerana tertekan. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja saya maki dan menyumpah seranah si kisah lama ini. Berani mengacau kehidupan saya lagi hah! dah tak ada kerja lain ker?! hm tetapi saya sedar ianya tidak akan membantu menyelesaikan masalah ini, malah hanya lebih mengeruhkan keadaan sahaja. Mungkin ia memerlukan sikap yang lebih relevan dan professional di sini (sumpah saya rasa ini sangat berat!). Atau ia memerlukan lebih masa untuk bersabar agar perkara lenyap dimakan masa (nampaknya saya lebih memilih yang ini). Hm entahlah..saya tidak pasti. Pernah ada seorang rakan memberi cadangan untuk bersemuka dengan si kisah lama ini dan selesaikan segalanya. HAHA, cadangan yang paling tidak masuk akal bagi saya. Anda yang saya saya gelarkan si kisah lama ini, kamu adalah manusia terakhir di dalam dunia ini yang saya mahu bersemuka! (sifat keras hati ini sentiasa ada dalam darah daging saya).

Hm tetapi saya tahu, kebiasaannya perasaan ini akan reda dengan sendirinya, tanpa saya sedari, bersama air mata yang saya bazirkan. Hm terasa sangat bodoh pula, kerana membazirkan air mata untuk perkara sebegini. Cukuplah saja setakat ini. Apa yang pasti adalah ‘penyakit’ ini hanya jarang-jarang, namun apabila ia menyerang, akibatnya saya di tahap kritikal. Hampir 5 tahun penyakit ini menghantui hidup saya. Akhir kata, tolonglah bantu doa untuk saya.

Sekian.



P/s: Secara amnya hidup saya kini sangat bahagia bersama orang-orang tersayang di sekeliling saya dan cinta hati di Christchurch, cumanya atas dasar lumrah kehidupan, adakalanya kita diuji olehNya juga. InsyaAllah saya baik-baik saja. =)

4 comments:

Far Azmi said...

there are 2 ways to get away from problem, either by solving it or to live with it.. if u choose the latter, then pray that Allah will grant you enough patience for it

Btw,
Selamat datang ke dunia blogger!

M A S S M A R C E L L A said...

i am living with it..i just pray that it wouldn't be disturbing that much in the future..that's all i'm asking for..

Thanks alot Farah..
stay in touch ok! =)

Anonymous said...

mmmm....wahai kak mass ku sayangi.., sungguh..sungguh berat kisah ini..(remind me of a memory)

bernafas hari ini, bergembira utk hari esok...namun adakalanya hari semalam sesekali suka (menyebok) nk menjengah.

mengelak hari semalam (munkin boley). bersemuka dgn hari semalam( tidak munkin!). cuba..n terus cuba..hidop bersama memory hari semalam..berdoa agar ia menjauh..( terapi yg agak..bagus)...namun mampukah...?


sedeh....sedeh ..seringkali mengintai jiwa...(nie boley kalah a samad said nih)



namun, kuselak bait2x ilmu d Kalamnya utk dirimu....renungkanla

" janganla anda bersedih. sbb kesedihan itu dpt melemahkanmu utk beribadah kpd allah, menelantarkanmu dri kewajiban jihad, menjadikanmu berfrustasi, selalu berburuk sangka dan menimbulkan sikap pesimis.

janganala anda bersedih, kerna kesedihan dan kekhuatiran itu sumber penyakit jiwa, pangkal dari segala penyakit saraf dan merupakan sesuatu yg dapat menyebabkan org selalu berada dlm kebimbangan, keraguan, dan was-was.

janganlah anda bersedih.sbb bersamamu ada Al-quran. engkau dpt berdoa, berdzikir,solat ,shadaqah, dan berbuat kebaikan yg dapat memberi manfaat utkmu sendiri mahupon org lain.


janganlah anda bersedih. janganlah menyerah diri kepada kesedihan dan membiarkan dirimu terbengkalai tanpa melakuakan rutin harianmu. solatlah, bertasbihlah, bacalah buku, tulislah ilmu,berkerjalah, menalaah lah, kunjungilah org yg sakit dan merenunglah.



allah berfirman:

" dan Tuhan kamu berfirman "berdoalah kepadaKU, nescaya akan ku perkenankan bagimu" ( Q.S al-Mukmin:60)

" brdoalah kpd Rabbmu dgn merendah diri dan bersuara yg lembut.sesungguhnya Allah tidak menyukai hamba2 yg melampaui batas' ( Q.S. Al-A'raf:55)

"maka sembahla Allah dgn memurnikan ibadah kpdNya. (Q.S. Al-mukmin{40}: 14)

" katakanlah, serulah Allah atau serulah Ar-Rahman.dgn nama yg mana saja kamu seru, dia. menpunyai al-asma al-husna (nama-nama yg terbaik)' (Q.S. Al-Isra 110)"

sekian

M A S S M A R C E L L A said...

terima kasih banyak-banyak encik/cik 'nortinism'..

Alhamdulillah sekarang saya ok.Terima kasih atas segala nasihat itu. Benar-benar menyejukkan hati.. =)

oh, saya amat tertarik dengan perkataan ini "berfrustrasi"..catchy!heh