Saturday, August 15, 2009

Ramadhan yang kembali....


Ramadhan Al-Mubarak mengunjungi kita lagi.. Syukur Alhamdulillah kita diberi pinjam oleh Ilahi umur yang panjang serta jasmani yang sihat untuk membersihkan rohani diri dengan seribu syafaat yang dijanjikan dalam bulan mulia lagi suci ini. Oh, tak sabar rasanya ingin mula berpuasa! Harap-harap puasa kali ini dapat memberi lebih keberkatan kepada kita semua ya.. Aminn.. (buat kesedaran diri sendiri, berpuasa bukan hanya sekadar menjaga makan minum, tetapi harus BERSABAR juger yer cik mass..jangan marah-marah lagi..hehe)


Di kesempatan ini dengan penuh rasa bahagia, saya mengucapkan ‘salam Ramadhan salam keberkatan kepada teman-teman, saudara-mara, bintang-bintang hati, kekasih hati (selamat kembali berpuasa di tanah air ye awak!), dan seluruh umat Islam yang menyambut dan meraikan Ramadhan yang bakal menjelang tiba. Sama-samalah kita lakukan ibadah dan amalan yang terbaik keranaNya, moga-moga diampunkan segala dosa, ditingkatkan ganjaran pahala dan dimuliakan darjat di sisiNya. InsyaAllah.. ermm..rasanya tak salah juga jika kita berubah menjadi lebih soleh&solehah bagi menghormati bulan mulia ini bukan...heh


Oh dan tidak lupa juga, kepada anda yang membaca entri saya kali ini, dengan ikhlas dan rendah dirinya saya juga memohon ampun dan maaf atas segala salah, silap, keji dan buruk laku saya yang mungkin sengaja mahupun tanpa sengaja telah saya lakukan. Saya cuma manusia biasa, tidak pernah terkecuali daripada cela dan dosa. Adakah anda manusia luar biasa? Hehe.. Oleh itu, ada baiknya kita bermaaf-maaf sempena bulan baik ini ye tak.. (‘anda’ yang pernah bersalah dengan saya, tak mengapa, saya sudah maafkan anda..ikhlas nih.. hehe..)


Sekian. Love and Peace!



P/s: Masa-masa begini, terkenang suasana berpuasa bersama bintang-bintang hati ketika di kolej. Sobs…rindunyer pada mereka..Oh, bazaar ramadhan kerinchi, saya rindu padamu! huhu

Friday, July 31, 2009

Saya Yang Menurut Perintah


Sudah hampir setahun saya tidak menulis. Pada mulanya memang sengaja malas, tetapi sudah lama-kelamaan blog ini sengaja terabai. (Haihh...bahaya sungguh penyakit malas nih). Memandangkan internet di sekolah kini telah pun dibaiki dan berada di tahap sempurna, jadi eloklah saya mula merajinkan diri menulis semula. Sambil-sambil dapat menghilangkan penat, tekanan dan kegeraman dengan anak-anak murid di sekolah..huhu..


Kali terakhir saya menulis adalah di IPBA. Ketika itu, kami golongan bakal cikgu-cikgi ini masih berdebar-debar dan pasrah menunggu keputusan posting. Hmm.. ke manalah nasib diri dicampakkan nanti yer...Hanya doa dan tawakal sahajalah yang mungkin dapat membantu. Walau bagaimanapun, saat-saat itu telah berakhir awal Januari tahun ini. Saya ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah Bentong. Syukur Alhamdulillah, masih di negeri kelahiran sendiri. Walaupun agak terpencil dari kesibukkan, kemudahan dan kemeriahan kota, saya gagahi juga mental, fizikal serta emosi demi TANGGUNGJAWAB. Kerana apa? kerana saya seorang ‘government servant’. Saya yang menurut perintah!! (wah, bersemangat gituh! kuikui..)


Namun, setelah hampir lapan bulan berkhidmat dan menyesuaikan diri dengan tugas serta persekitaran, jauh di sudut hati ini saya berasa cukup bersyukur. Kehidupan ala-ala kampung seperti ini tidaklah seteruk dan seburuk mana yang saya jangka pada mulanya. Saya masih boleh menikmati keseronokkan hidup sebenarnya! Seminggu sekali masih dapat pulang ke pangkuan keluarga…sebulan sekali masih dapat meluangkan masa bahagia bersama encik Kisahitu~hehe…sekali-sekala berjalan-jalan melihat keindahan alam sambil mencuci mata, makan-makan membesarkan badan dan macam-macam lagi.. Apa yang pasti, sekarang hidup saya lebih bahagia.. Oh, dan badan juga ‘lebih besar’.haha =P


Ermm..mengenai hal yang lebih peribadi pula, boleh dikatakan sekarang ini saya sangat bahagia!!!! *dengan excitednye* Ya benar! Lebih bahagia dari tahun-tahun yang lalu di mana saya selalu dijangkiti demam rindu..hihi.. Tetapi sekarang Alhamdulillah tidak lagi. Yay! anda tahu kenapa? Hehe..tidak lain dan tidak bukan kerana si dia tersayang sudah pulang!! Alhamdulillah..alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi dia pulang ke tanah air Februari lalu dengan selamat dan jayanya. Selain itu, lebih membahagiakan lagi apabila si dia juga telah memulakan kerjaya di negeri penyu bertelur. Nampaknya syarat-syarat wajib ayahanda saya sudah hampir dipenuhi. Hehe..memang tidak sabar untuk melangkah setapak ke hadapan. Melihat semakin ramai rakan-rakan dan sahabat handai yang telah ‘mendirikan masjid’, huhuu…tidakkah kau pressure??? =P


Okay, setakat ini saja dahulu ya. InsyaAllah, dengan izin Tuhan saya akan merajinkan jari-jemari ini untuk menulis lagi. Sekian, babai~



P/s: Jutaan tahniah kepada rakan-rakan yang telah dan bakal mendirikan rumah tangga. Saya sangat mendoakan kalian agar senantiasa diberkati Tuhan dan berkekalan hendaknya. Aminn…