Monday, May 5, 2008

tidakkah kau pressure?


Tajuk tulisan kali ini saya tiru daripada salah satu entri dalam blog Nisa.
(hehe.i love u nisa..) erm seperti Nisa juga, saya tahu saya MESTI mengulangkaji pelajaran ketika ini. Akan tetapi, mata saya sedang melihat skrin komputer, jauh terpesong daripada nota-nota bacaan untuk peperiksaan di tepi meja ini. aduhai.. Peperiksaan akhir hanya tinggal 2 hari sahaja lagi, saya masih tidak habis membaca walaupun separuh! Mungkin masih menunggu ‘panic attack’ yang tak muncul-muncul lagi..haihh.. (mengeluh panjang)

Bila nak insaf ni cik mass oi? Berazam nak habis mentelaah nota bukan main lagi dari malam tadi, tengok-tengok tak berganjak juga notanya. Kononnya untuk peperiksaan terakhir ini saya mahu buat sedikit kelainan dan menunjukkan sedikit keinsafan. Hahaha nampaknya hangat-hangat nenene sahaja~ =P Haihh apa nak jadi dengan anak pakcik Hamzah seorang nih..kalaulah ada seseorang yang boleh merotan saya untuk terus mengulangkaji, alangkah bagusnya. Mungkin saya akan lebih progresif dan serius belajar. (mungkin kot, entahlah berkesan atau tidak kan.hehe). Oh, barangkali juga saya memerlukan seseorang di Christchurch untuk membebel sepanjang masa supaya saya merasa tertekan dan terus berusaha membaca! Haha bolehkah begitu? boleh cuba nih..hehe

Hm kagum saya pada orang-orang yang sudah mula mengulangkaji pelajaran seminggu atau sebulan lebih awal ini. Bukan apa, kerana sememangnya itu adalah sesuatu yang sangat luar biasa bagi saya. Luar biasa kerana saya tidak pernah mengulangkaji sehari lebih awal dari tarikh peperiksaan. Ya, seumur hidup saya langsung tidak pernah. Biar PMR, SPM atau apa jua ujian dan peperiksaan yang pernah saya duduki. Sehari lebih awal untuk menyelak semula nota-nota akademik bagi saya sudah cukup awal. Adoih gilakah saya? Ya mungkin saya gila. Dan saya tidak pernah berasa risau dengan kegilaan ini. huhuhu

Oleh kerana itulah, saya juga tidak pernah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan. Haha, maka gelak sahajalah. Sudah usahanya lebih kurang, maka keputusannya pun lebih kurang jugalah, ye tak? Hehe. Kata orang, ‘everything comes with a price’. Banyak usaha yang kita letak, besarlah ganjarannya. Mudahkan hidup ini sebenarnya? Hm tetapi apa pula cerita orang yang tidak berapa sangat mengulangkaji, tetapi keputusan peperiksaannya hebat! Wahh.. Apakah mereka ini genius? Atau cuma bernasib baik? mungkin kedua-duanya kot.. Dan tidak lupa juga golongan yang telah bertungkus-lumus mentelaah nota dan membuat latihan tambahan, tetapi akhirnya keputusan mereka tidak seberapa juga. Kasihan bukan? Hm mungkin mereka tidak bernasib baik. Tiada rezeki kata orang.. Apa yang paling penting, tiada sesuatu dalam kehidupan ini yang boleh kita duga kejadiannya. Terserahlah kepada Pencipta di atas.

Entahlah, saya ini jenis yang tidak pernah belajar dari kesilapan-kesilapan dahulu. Setiap kali menduduki peperiksaan, inilah yang terjadi. Inilah kebiasaannya. Saya meleret dan membuang masa ke sana ke sini. Ke mana perginya motivasi belajar saya ya? mengapa saya jadi begini? Hmm geram pula difikirkannya. Mungkin saya tidak berminat dengan penilaian secara peperiksaan. Mungkin inilah jawapan yang lebih dekat dengan tepat.

Walau apapun, peperiksaan di hari lusa ini wajib diduduki demi masa depan saya. Jadi terpaksalah juga saya meringankan tulang mengulangkaji nota-nota. Nak buat macam mana? Kalaulah ayah saya Perdana Menteri sekarang, mahu juga saya meminta ayah membubarkan segala jenis peperiksaan yang ada di Malaysia ini. hahaha. baru syiok! =P

Sekian. Love and Peace to all.




P/s: Saya sangat tertekan dan stress ketika ini. Semuanya angkara peperiksaan. huhuhu. Saya benci peperiksaan!! Saya anti peperiksaan!! erghh

6 comments:

Anonymous said...

geggegegeegge...xtaw nk cakap haper....hahahahhaha gelak sepanjang-panjangnyer....

go GO GO kakmass...GO GO GO Power Rangersss....!!

Jarod Yong said...

welcome to the ONS club!
=D

M A S S M A R C E L L A said...

aiyoo koko~
what's ONS huh??
huhuhu

Jarod Yong said...

Check out my blog post on April 29 & you'll understand...
=D

Anonymous said...

kak mass.... some people said " absent makes the heart grow fonder"...org yg cakap tuh mesti xde sensori motor kan...

hadoii2x....


wellington= whorly torns

M A S S M A R C E L L A said...

encik/cik salad?

saya tidak pafam maksud anda..
absence makes the heart grow fonder? takde sensori motor??
tak dapek lar dek oih...huhu