Sunday, May 4, 2008

New Zealand

Secebis memori di New Zealand =)


Sudah hampir setengah tahun lamanya saya kembali ke tanah air. Setelah hampir 2 tahun saya di New Zealand, berjauhan dengan keluarga tercinta dan sahabat-sahabat karib kesayangan. Bermacam-macam pengalaman hidup telah saya kutip agar dapat menghiasi ruang kenangan nostalgia hati ini. Hakikatnya kehidupan saya dalam tempoh pendek yang cuma 2 tahun itu hanya penuh berisikan kerinduan. Tiada apa yang saya pernah minta selain daripada ingin kembali semula ke Malaysia; untuk pulang ke pangkuan keluarga, pangkuan bahagia yang saya sering mimpikan dan tangiskan.

Saya sering ‘homesick’ di sana. Entahlah mengapa, hm mungkin manja. (adoih terpaksa mengaku juge) Alhamdulillah, mujur Tuhan telah memberi sedikit kasih sayangNya dengan munculnya pengubat air mata saya di Christchurch, sekurang-kurangnya dapat menyenangkan hati ini serta menggembirakan hari-hari saya di sana. Terima kasih awak. (terasa sebak pula).. sobs

Saya tidak pernah nafikan, sememangnya saya seronok tinggal di negara asing itu, dengan pemandangan cantiknya (Malaysia juga tidak kalah cantiknya ya), cuacanya, penduduknya, cara hidupnya dan banyak lagilah. Segalanya cukup menambat hati dan keinginan sesetengah orang untuk terus menetap di sana. Tetapi tidak bagi saya yang lemah ini. Walau bagaimanapun, dalam menikmati keseronokkan itu saya tetap sentiasa ingin pulang secepat mungkin. Tabik hormat saya kepada mana-mana rakan yang tidak pernah ataupun tidak selalu ‘homesick’ ketika di sana, anda sememangnya sangat tough! Cayalah! hehe

Ketika masih di sana, tidak pernah pula terlintas di fikiran yang mana saya mungkin akan merindui semula kehidupan di New Zealand ini setelah kembali ke tanah air nanti. Memang, tidak langsung saya pernah terfikir akan semua ini. Namun hakikatnya berubah. Daripada tiada rasa apa-apa, kini bertukar menjadi rindu pula. Ya memang benar, adakalanya saya sangat merindui New Zealand. Saya rindu akan kenangan-kenangan dan pengalaman hidup ketika di sana. Antara perkara-perkara yang saya rindu…

-Bilik lama saya (walaupun kecil, saya amat selesa sekali mengurungkan diri di dalamnya. Oh rindu pada meja belajar, set tv dan dvd juga!)

-apartment lama (apartment 77 stafford house. Rindu bermain masak-masak dengan dek zatil lagi, dan mengemas rumah serta mencuci bilik mandi ketika stress)

-kampus Kelburn (rindu pada bas ke uni, pemandunya yang ramah, chips di café uni dan pensyarah-pensyarah yang best)

-tempat kerja (inilah tempat saya melupakan ‘homesick’ dan meng-isolate-kan diri..heh. oh di sini juga saya belajar sepatah dua bahasa kesat samoa. (tanpa saya rela) Hahaha)

-supermarket kegemaran (pak n save! Rindu mahu mengusung beg troli selepas membeli-belah bersama dek zatil lagi.Haha.. *burok perangai*)

-tempat bershopping (lambton quay tempatnya. Sobss sedih kerana terlalu boros semasa di sana. huhu)

-rakan-rakan di sana (termasuk juga orang-orang Malaysia yang masih di sana. Lekas pulang dek zatil!!)

-restoran kegemaran (no. 39 di Dixon street. ha cuba teka namanya! Rindu pada mee gorengnya juga. Paling sedap di dunia! hehe)

-minuman kegemaran saya (Lnp tetap hatiku!!sehingga kini saya masih tidak tahu apa erti Lnp itu. Hanya tahu minum sahaja.)

-butter chicken di Indian Express. (hm saya tidak tahu apakah jenis masakan ini sebenarnya. Katanya kari, tapi macam bukan. Mungkin masak tomato. Entahlah saya malas fikir, janji sedap saya makan aje)

-The Terrace (jalan ini saya lalui setiap hari sepanjang hampir 2 tahun. Bosan juga dahulu, tetapi sekarang saya rindu)

-angin di Wellington (angin yang sangat kuat. Hm saya masih ingat, nyaris-nyaris saya dilanggar kereta akibat ditolak angin. Saya yang ternyata amat ‘berat’ ini boleh terhuyung-hayang dibuatnya. Hebat bukan?)

-kedai sewa dvd yang sering dikunjungi. (saya kesal tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada abang-abang staff yang agak kacak di situ sebelum pulang. Hehe)

Aduh banyak lagi sebenarnya. Tetapi penat kot nak tulis semuanya. Hm walau apapun yang saya rasakan sekarang, saya tetap lega, berpuas hati dan bahagia dapat pulang semula ke tanah air. Seperti kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Saya setuju dengan kata-kata ini.(patriotik lar kejap kan..hehe). Namun, biasalah lumrah manusia di mana kita sering merasa kesal dan kecewa setelah kehilangan sesuatu yang kita tidak pernah hargai. Saya juga tidak terkecuali daripada hal ini. Kesal kerana tidak pernah menghargai dan menilai hari-hari yang saya tempuhi di sana biarpun hanya sekejap.

Tidak mengapalah, Tuhan itu Maha mengetahui segala buruk baik perkara, sekurang-kurangnya saya masih ingat satu atau dua kenangan di sana. Anda yang seperti saya, tak mengapa sekiranya anda rindu, itu tandanya anda masih mengingati dan ia masih dekat di hati. Kepada anda yang masih di luar negara, hargailah apa jua yang anda lakukan di sana, biarpun hanya lepak dan makan chips di uni, kerana detik itu mungkin akan terimbas kembali suatu hari nanti setelah anda pulang ke tanah air, dan anda akan merinduinya.

Sekian. Love and Peace.


P/s: Saya menulis entri ini kerana teringatkan pengalaman ketika saya sedang kusut dan stress mengulangkaji untuk peperiksaan di sana. Ternyata, detik-detik itu tidak akan berulang lagi. Saya rindu.

oh lagi satu, awak yang sudah hampir 4 tahun di Christchurch pasti sudah jemu dan tidak sabar mahu pulang bukan? hehehe segera balik ye~ saya menunggu dengan penuh 'geram' di sini. hehe =P

No comments: