Tuesday, April 22, 2008

Satu Tahun


Blog ini dimulakan pada tarikh keramat iaitu 22-04-2008. Sempena genap satu tahun usianya. Usia apa ya? Jawapannya adalah Bahagia. Ya, sudah genap setahun saya hidup bersama bahagia yang tercetus pada tarikh ini. Bahagia yang saya tidak pernah sangka akan muncul dalam hidup saya. Namun, saya percaya ianya adalah salah satu tanda Tuhan mendengar tangisan hati lara saya tatkala saya bergelumang dengan kesedihan dan keperitan. Syukur kepadaNya atas nikmat bahagia ini.

Pada hari yang bermakna dalam ingatan saya ini, terasa lebih bahagia pula jika diimbas kembali kenangan mula berputiknya rasa indah berbunga cinta yang menghiasi jiwa saya sekarang. Saya pasti anda yang berkongsi taman bunga cinta ini juga berasa yang sama. Hehe..

Hm dari mana mulanya ya? Haa, mulanya perasaan itu terlintas di fikiran setelah saya merasai adanya kewujudan sifat ‘caring’ si dia itu. Terselit juga dalam celah-celah keegoan dan kegarangannya (masa itu aje, sekarang dah lain lar). Diteruskan pula dengan kesungguhan si dia ‘kononnya’ ingin datang melawat
Wellington yang tak berapa sejuk daripada Christchurch (bab ni saya terpaksa mengalah). Di bumi Wellington inilah, saya dan dia bertemu buat kali pertamanya. Sememangnya dia adalah pendiam. Fullstop.

Masih saya ingat lagi, saya pernah menonton cerita Hindustan masa zaman sekolah-sekolah dulu dan dalam cerita itu, katanya lebih kurang begini: bila kita toleh melihat ke belakang dan si dia yang kita sukakan itu sedang memandang kita, bermakna dia adalah untuk kita. Saya percayakan kata-kata ini (nampak sangat saya mudah terpengaruh dengan televisyen kan. hehe).

Masih segar dalam ingatan ini, pada malam itu saya ucapkan selamat jalan kepada si dia dan juga rakan-rakannya. Berterima kasih kerana sudi melawat
Wellington yang tak seberapa ini. Seperti yang saya sedia tahu, dia masih pendiam. Risau kerana sudah lewat, terus saya dan teman saya segera menaiki teksi pulang ke rumah. Dalam hati ini, terasa juga perasaan kecewa.

Sebelum teksi kami beredar, saya teringat pula cerita
Hindustan tu. Dengan berat hati saya mencabar diri, sekurang-kurangnya untuk menyedapkan rasa hati ataupun untuk terus melenyapkan perasaan suka itu. Tahu apa yang ada di belakang? Hehe. Sesuatu yang amat membahagiakan saya pada malam itu. Ya, dia masih ada di situ, sedang memerhati kami pergi.

Namun itu tidak lebih daripada andaian sendiri. Cumanya saya sangat gembira ianya benar-benar berlaku. Pada dasarnya cukuplah sekadar dapat merasai detik manis sebegitu. Tiada apa lagi yang diharapkan selepas itu, sehinggalah tiba bait-bait yang memekarkan perasaan suka kepada sayang dan bertukar cinta (mode jiwang tahap maksima). =P

Cukuplah setakat ini sahaja yang dapat dikongsi bersama. Selebihnya biarlah rahsia. Hehe (saya bukan peminat Siti yer). Maka dengan ini, saya akhiri entri ini dengan ucapan terima kasih kepada si dia yang bertakhta di hati ini, di atas suka, kasih dan sayang yang dikongsi bersama. Oh, awak tidak lagi pendiam sekarang ya. Hehehe.

Sekian. Love and Peace.

2 comments:

Anonymous said...

suwit suwit suwit!!!
hehe =D

M A S S M A R C E L L A said...

oh trimas! =)