Sunday, April 27, 2008

Membosan di rumah


Hmm sedang bosan di rumah sebenarnya. Sambil-sambil menonton televisyen, mengadap laptop juga. Tiba-tiba tertengok pula ‘Anugerah Planet Muzik’. Saya tidak pasti tahunnya. Mungkin 2008 lar kot kerana cik siti sudah bertudung. Hahaha memang sah nampaknya cik mass sungguh bosan! Hmmmmm…

Ermm tiada apa sangat yang menarik perhatian saya terhadap siaran itu. Artis-artis yang membosankan, lagu-lagu yang membosankan, suara-suara yang membosankan, lawak-lawak yang membosankan…aduhh..bosannya! (sungguh ralat sebab tak teringat pula nak menonton dvd atau bermain game..hadoihh)

Tetapi ada satu perkara yang menangkap perhatian saya. Hmm...pertamanya saya bukanlah peminat Datuk Siti Nurhaliza kita yer. BUKAN. Cumanya apa yang saya mahu perkatakan di sini ialah dia masih berjaya merangkul anugerah ‘penyanyi wanita paling popular’ pada malam itu (seperti biasa lar
kan). Saya berpendapat mungkin she’s still not bad ey??(heh.ala-ala Kiwi gitu). Maafkan saya, sebenarnya saya ini bukanlah pemerhati mahupun peminat seni muzik, namun saya fikir dia masih bagus dan masih diterima. Bintang-bintang hebat dari luar negara seperti Indonesia dan Singapura juga kecundang. Hmm sebab apa lagi? Sebab cik siti kita masih hebat lar kot jawapannya. Hahaha. (bukan niat saya untuk memuji dia ya).

Teringat pula pada cik siti semasa dia hadir ke satu anugerah (maaf, saya tak kuasa untuk mengingati nama anugerah itu) bersama suaminya dan pada malam itu dia berjaya memenangi beberapa kategori. Sweet pula melihat tatkala dia naik ke pentas dan meraih trofi sambil diperhatikan oleh suami tercinta. Wahh senyum bangga pula Datuk K kiter yer. Hehehe. Tetapi tak mengapalah, kita semua juga mungkin begitu. Bersyukur dan bergembira apabila orang tersayang meraih kejayaan bukan? =)

Dalam kebosanan ini saya terfikir seketika, bagaimana ya artis-artis terkenal seperti dia ini menyelindung tekanan hidup daripada pengetahuan umum? Sama juga kepada ahli-ahli politik atau sesiapa saja asalkan terkenal. (sengaja tidak mahu menyentuh apa-apa tentang politik buat masa ini) Pasti sukar. Ada saja mata dan mulut yang melihat dan menyebut perlakuan mereka. Bukan setakat itu sahaja, adakalanya dikritik tidak bertempat. Alahaii kasihan lar pula kan..

Tiba-tiba terasa kasihan pula pada cik siti kita ini. Sejak mula popular, berkahwin, bertudung sehinggalah sekarang sentiasa dihujani kritik-kritik hebat. Hm..bukankah kita sepatutnya membiarkan saja dia dengan hidupnya. Dia nampak bahagia, jadi bukankah itu bagus? Jika dia berantakan, jadi doakanlah dia bahagia. Jika dia memilih untuk bertudung begitu, itu hak dia bukan? Kepala dia sendiri. Bukan kepala anda yang mengkritik ye tak? Lagipun, tidak semua manusia yang mengetahui kebenaran dan hikmah disebalik sesuatu perkara bukan? Tidak, selain Tuhan sahaja.

Saya tak kata saya tidak pernah berfikiran buruk terhadap cik siti kita ini. Sangatlah pernah. Setakat cakap-cakap bersama teman di hostel sahaja. Hehe. =P Tetapi pada dasarnya saya telah terabaikan aspek kemanusiaan, kebebasan dan keamanan manusia sejagat (wahh bunyinya seperti social activist pula). Dalam erti kata lain, saya bersalah di sini. Oh tidak! janganlah fikir saya telah menukar pendirian untuk meminatinya! Tidak!! Saya cuma mahu bersifat lebih ‘terbuka’ dalam melihat aspek-aspek kebaikan sahaja. World peace.

Saya teramat bosan ketika ini. Tiada sesiapa dirumah. Jadi saya membosan dengan menulis perkara-perkara yang membosankan juga. Maafkan saya ya. Kepada pengkritik-pengkritik cik siti, saya hanya menulis sekadar meluahkan pendapat. Saya tidak bermaksud mempengaruhi sesiapa. Jauh sekali untuk mempromosikan album atau lagu-lagu cik siti (hahaha..tak kuasa!). Akan tetapi saya berpendapat bahawa anda masih boleh terus untuk tidak menyukainya dan mengkritiknya kerana itu adalah hak anda juga. Hak anda terus hidup dan senang hati. Bukankah begitu?? Hahaha.

Sekian. Peace and Love to all.



P/s: saya tiada niat untuk ‘sound’ sesiapa di sini. Ampun dan maaf sekiranya terasa. Sesungguhnya saya manusia yang lemah.

No comments: