Monday, April 28, 2008

Mungkin tertekan


Saya sedang menunggu kepulangan teman-teman dari Perak, Cheras dan Putrajaya. Bukan kerana apa, saya kebosanan. Terasa rindu pula nak membuat bising di rumah dengan mereka walaupun hanya dua hari tidak bertemu. Hehe. Sambil menunggu cik kak-cik kak ini, elok juga saya melihat-lihat laman web kesukaan kan. Hehehe.. Oh! kedengaran suara cik kak seorang ni, sungguh dikenali di hati! Haha dia sudah pulang rupanya~ tapi kenapa riuh-rendah sangat di luar sana? Saya pun lekas-lekas keluar mendapatkan berita (busybody juga lar kan). =P

Wahhh..berita baik rupanya! Seorang rakan kami di Ipba ini bakal melangkah ke alam perkahwinan pada 31 Mei nanti! Alhamdulillah.. Tahniah kepada kedua-dua bakal mempelai. Terasa seronok sangat mendengarnya. Pastilah, kita sebagai rakan tentu sekali merasa teruja tambah pula bab perkahwinan seperti ini. Hehehe. Lantas, dalam hati saya pula berbisik, “wahhhh..dah nak kawen dah ko yer, bestnyer!!!! tapi aku pon nak kawen jugakkk…nak kawenn...huhuhuhu…erkk”

Bisikan itu terhenti. Mana tidaknya, saya terdengar keluhan, rungutan dan ‘pekikkan’ teman-teman saya yang ‘pressure’ dengan berita sebegini. Berita kawan-kawan yang bakal bernikah. Aduhh, saya ingatkan saya seorang sahaja yang selalu merasa tertekan begitu. Rupanya ramai juga ya. Hehehe. Ermm pendapat saya merasakan sebenarnya bukan kerana apa, cumanya ada rasa mahu cepat-cepat berkahwin juga. Orang kahwin, kita pun nak kahwin juga lah. Itu sahaja. Heh =P (encik kisahitu, awak jangan risau ya).

Hmm mungkin ada beberapa cadangan yang boleh dikongsi bersama bagi mengelakkan perasaan ini menjadi serius dan ‘bahaya’. Hehehe. (mungkin sesuai untuk golongan wanita sahaja) =P

1) Bagi yang masih single dan available, lekas-lekaslah cari pasangan ya. Jadi langkah pertama anda untuk ke gerbang perkahwinan itu sudah ada. Hehe.

2) Bagi anda yang mempunyai ibubapa yang ada ‘meng-offer’ anda untuk berkahwin dengan pilihan hati mereka, ataupun sudah ada orang masuk meminang anda, haa jangan pula ditolak. Sebaliknya terima sahaja. Ingat, pilihan orangtua biasanya adalah yang terbaik dan membawa ‘barakah’ gitu. Hehe.

3) Bagi yang sudah ada calon, haa apa tunggu lagi. Kemukakan terus hasrat di hati kepada orang tua anda dan lihat apa kata mereka. Jika ada ‘green light’, maka Alhamdulillah.. kelepak-kelepung-kelepak-kelepung lar tidak lama lagi. =D

4) Sebaliknya jika anda menerima ‘red light’, itu tak bermakna dunia ini sudah tamat. Haha, cubalah bawa berbincang sebab-musababnya. Kecekapan anda dalam skil pujuk-memujuk di sini amatlah PENTING. (mudah saja, katakan perkahwinan itu wajib untuk mengelakkan kemaksiatan. Benar bukan? hehe)

5) Sekiranya perkahwinan anda tidak dapat dipercepatkan disebabkan si dia masih belum cukup budget, gunakan kuasa wanita anda untuk memujuknya supaya berusaha mencari duit secepat mungkin.

6) Ugut-ugut sedikit pun mungkin boleh juga untuk mempercepatkan anda bernikah. Tapi sedikit saja ya. Hehehe. (jangan buat selalu, takut-takut anda pula yang ditinggalkan nanti. aduhh)

7) Adakalanya cuba-cubalah bermain ‘reverse psychology’ contohnya begini, “awak taknak kawen sekarang takperlah, takyah kawen sampai bila-bila pon takper”. Haha. (awas! Sekiranya teman lelaki anda meng-ok-kan kata-kata anda seperti di atas, dia sangat sengal! Maka clash saja dengannya. Hahaha)

8) Jika teman lelaki anda masih belajar, maka anda haruslah menyokongnya dan membantunya dari segi akademik. Pastikan dia tamat pengajian dengan pantas, sempurna dan jayanya. Kalau perlu anda buatkan assignment mereka, buatkan! (kate nak sangat kawen cepat, so tolong lar buatkan ye tak?)

9) Bagi yang mempunyai teman lelaki yang terlalu bekerjaya sehinggakan tiada masa untuk berkahwin (wahh rajinnya!), oh itu amat kritikal. Seeloknya anda harus ‘melaser’ sahaja kepada golongan ini. hahaha. ‘ciu! ciu! ciu!’

Mungkin cukuplah setakat ini sahaja dahulu yang dapat dikongsi bersama. Kalau berani cubalah ya. Diharapkan tekanan anda akan berkurangan selepas ini. Hehehe. Oh, sebelum terlupa saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada bakal pengantin kita ini (nampaknya kena berarak ke pula Perak kali ini) serta rakan-rakan seperjuangan yang telah selamat diijabkabulkan pada bulan-bulan lepas dan tahun-tahun lepas. Moga-moga kekal bahagia ke akhirnya dan senantiasa dirahmatiNya, amin.

Sekian, Love and Peace.

P/s: Jalan terbaik sebenarnya adalah dengan bersabar. Bersabarlah..detik bahagia itu pasti muncul tiba dengan izinNya, InsyaAllah… (ini adalah ingatan kepada diri saya sendiri sebenarnya) adoih.. =P

2 comments:

NISHA said...

hahaha...aku yg mengetahui perkhabaran itu pon terkejut giler!! aperpon, tahniah arr kepada syida yg bakal melangsungkan weddingnyer bulan 5 neh....moga2 dpt arr berkat kpd org2 yg single mcm aku neh...hahaha

M A S S M A R C E L L A said...

hahaha cik nisha oih~
mari kite pergi wedding dier, salam pelok ciom dier..amek berkat lar katekan yer dak..hehehe
ko amek lar lebey sket~ hak hak =P