Wednesday, April 23, 2008

MEMBLOGGING


Haihh..mengeluh.. Sebenarnya…sebenarnya!bukanlah minat saya untuk menulis blog ini. Jauh dari suka dekat dengan terpaksa. Bukan apa, seorang pensyarah di Ipba ni memberitahu kami semua bahawa menulis blog adalah bagus (dengan sarkastiknya dia seperti biasa). Bagus dari segi apa ya? (cik ainee, sila jawab. Ini adalah soalan action research anda bukan? Hehe)

Entahlah, saya tak pasti. Tapi rasanya elok juga. Tatkala dalam kebosanan, elok menulis daripada menghabiskan duit menonton wayang di Midvalley. Tatkala dalam ‘keemoan’, elok juga menulis daripada melepaskan geram bershopping dan ‘berfood-obsesi’ di Midvalley. Hehe.. Sebenarnya, hidup saya
dan Midvalley ini tak ubah bagaikan aur dengan tebing. =P

Erm apa lagi ya? Urmm dalam blog ini juga, sengaja saya memilih untuk menulis dalam bahasa Melayu. Saya suka. Blog saya, suka hati lar
kan. Hahaha. Teringat pula pada jiran sengkatan di Institut Bahasa Melayu Malaysia. Rakan-rakan di sana kebanyakkannya adalah aktivis bahasa melayu dan juga bakal-bakal guru cemerlang bahasa melayu. Pernah seorang rakan ‘melaser’ saya kerana saya berbahasa melayu tercampur inggeris dengannya (bukan sengaja tapi dah terbiasa). “Budak-budak tesl nih dah tak reti cakap melayu elok-elok yer, sebab banyak sangat cakap omputih tiap-tiap hari kan?” (Aduhh…).Hm tapi tak mengapa, tak semuanya seperti saya. Baiklah, saya cuba berubah. Kepada aktivis-aktivis bahasa melayu di luar sana, maafkan pelajar-pelajar tesl seperti saya ini.

Cukup setakat ini.

Sekian, Love and Peace to all.


P/s: Berfood-obsesi adalah hobi saya dan teman-teman rapat kesayangan saya. Kami makan-makan menghilangkan stress dan tanpa memikirkan masalah. Sebab tu kami 'sehat'! =P


No comments: