Friday, April 25, 2008

Bintang-bintang hati


Saya baru sahaja pulang dari aktiviti ‘food-obsesi’, menonton wayang dan sedikit shopping. Saya sedar, susah nak jauhkan aktiviti-aktiviti ini dari kebiasaan hidup. Tambah pula bila dipelawa dan di’tempting’ oleh teman-teman rapat. Hadoihh..saya harus lekas kawin, supaya bakal suami dapat menjaga kewangan saya. hehehehe =P

Hmm kalau ikutkan, dalam minggu ini saja dah 3 kali keluar ke Midvalley dengan tujuan yang sama bersama insan-insan yang sama. Patutlah badan semakin memberat dan dompet selalu haus! Huhu.. Tetapi bila difikirkan kembali, itu sajalah cara untuk kami menghiburkan hati. Terutamanya setelah penat, geram, stress, dan ‘berpanda-pandaan’ mengerjakan assignment.

Tapi kenapa saya memilih hanya untuk bersama mereka ini sahaja ya? Mungkin ada yang menjawab sebab ‘kami geng’. Haha bunyinya seperti tak boleh diterima (busuk weh!). Jawapannya mudah. Kerana mereka ini adalah bintang-bintang hati saya. Wahhh mantap bunyinya bukan? Saya suka. Mereka juga adalah antara insan-insan kesayangan saya selain famili di rumah, cinta di Christchurch dan sahabat di Jerman. Jadi izinkan saya memberi anugerah ‘bintang hati’ kepada mereka ini kerana ikhlas memberi bahgia dan ceria dalam hidup saya di Ipba.

Terima kasih sekali lagi kepada cik cantek, cik seri solehah, encik mentari, cik kaseh, cik sayang dan cik melati (Nama sebenar sengaja dirahsiakan, tapi ada yang boleh menekanya. hehe).

Food-obsesi!

Sekarang, biarkan saya memberi sedikit diskripsi tentang insan-insan kesayangan saya ini ya. Anda yang empunya diri, sekiranya pujian ini berlebihan, maka itu tandanya saya sayang. Jika sebaliknya, saya tahu apa akibatnya nanti. (+_+)

Bintang hati 1 : Cik Cantek. Insan ini luarannya nampak amat garang, menakutkan dan tidak peramah. Tapi hanya luaran saja. Dalamannya dia sangatlah penyayang! Ada lemah lembut sopan santun dan manjanya tuh. Hehehe. Tak percaya? Kenali dia dengan lebih rapat ya. Dia juga punyai bakat yang hebat dalam membuatkan saya tertidur di mana sahaja. Bagaimana? Itu rahsia. Hahaha. Oh, dia ini hebat juga bergossip! Heh. Statusnya? Taken kotttt~ =P

Bintang hati 2 : Cik Seri Solehah. Wah namanya indah bukan? Orangnya pun tak kurang juga. Cumanya dia ini sedikit ‘rock’ barangkali. Bukan apa, kerana dia lebih meminati band-band yang membawa lagu begitu. Itu saja. Hehe. Pelik, tapi entahlah kenapa. Dia ini sentiasa wujud dalam mimpi-mimpi saya. Biarpun mimpi itu merepek, seram, bahagia atau sengal, namun watak dia pasti ada!(balik2 muke ko). Tapi tak mengapalah, mungkin maksudnya dia sentiasa di fikiran saya. Statusnya? Single and available. Haha. Nak cuba? Interview dengan kami dulu ya. (boleh tak kak seri??hehe)

Bintang hati 3 : Encik Mentari! Yang sentiasa ceria dan menghiburkan kami dengan lagu-lagu Indonesia kegemarannya. Ya, dia juga amat fasih berbahasa Indon! Silalah cuba dengar, pasti anda terasa mahu cek paspotnya dan hantar dia pulang ke Indon. Hahaha (menjaki pula saya =P). Kami mula belajar membuat ekspresi wajah ala-ala sinetron Indon dan serba sedikit perkataan negara itu daripadanya. Dia adalah sifu kami! Oh, dia ini tidak kurang hebat juga bergossip. Hehe. Status? Taken. Taken oleh kami-kami! hahaha =P

Bintang hati 4 : Cik Kaseh. Si kecil molek paling comel antara kami. Orangnya lemah lembut, manis dan sangatlah peramah. Dia adalah teman setia saya menonton cerita-cerita hantu. Samada di wayang atau di laptop sahaja, dia pasti selalu menyokong! Haha. Yang seronoknya, kami selalu mencari aspek-aspek kelakar dalam cerita hantu itu. Hehehe..Dalam akademik pula, saya selalu memerlukannya. Bukan apa, selain untuk berdiskusi, dia boleh mem’pressure’ saya untuk mula mengerjakan assignment! Hebatkan dia? Fuhh.. Statusnya? TAKEN! (dengan tegasnya).

Bintang hati 5 : Cik Sayang. Juga insan yang ceria, rupawan dan mengambil berat. Pasti anda fikir nama itu adalah sempena sifatnya yang penyayang bukan? Salah. Ada sebab lain kami memanggilnya ‘sayang’~ hehehe. Oh tapi saya tak bermaksud dia langsung tidak penyayang. Dia ini adalah pakar ICT di rumah kami. Hebat sungguh pengetahuannya dalam bidang ini. Dia adalah doktor tatkala laptop saya bermasalah. Hehehe. Statusnya? Also taken~ hehe

Bintang hati 6 : Cik Melati. Hm saya tak pasti betul atau tidak nama ini. Rasanya dah betul. ‘Babyface’ dan putih melepak orangnya. Sweet dan menarik selalunya. Jika tak kenal pasti rasa dia ini pemalu dan pendiam. Sebenarnya banyak juga ceritanya. Hehe.. Sangatlah mencuit hati tatkala melihat dia mula kelam kabut atau stress dalam sesuatu perkara. Terutamanya ketika membuat assignment. Haha. Statusnya? Saya tak sure. Tanya empunya dirilah. Hehe.

Hahhh..puas hati saya untuk setakat ini. Apa yang penting untuk ditegaskan di sini adalah saya amat sayangkan bintang-bingtang hati saya ini. Mereka pelengkap hari-hari saya di asrama pantai puri Ipba ini. Semoga Tuhan memberkati mereka semua agar sentiasa kekal menjadi bintang hati saya. Amin..

Sekian. Peace and Love to all.

P/s: ‘Berpanda-pandaan’ adalah salah satu akibat daripada menyiapkan assignment tanpa tidur seharian (last minute assignment sebenarnya). =[

2 comments:

Anonymous said...

~cik kejoraaaaa..sungguh terharu..saya sayang kamu...oh oh oh...

yang benar,
cik kaseh

M A S S M A R C E L L A said...

saya juga amat sayang kamu cik kaseehhh~~~ muah muah~~
u adalah salah seorang VVIP wedding i nanti tau! hehehehe

xoxo~