Haha. Saya baru sahaja pulang dari beronggeng! Fiuhh.. tentunya saya amat seronok sekali dan sedikit penat. Tetapi tidak mengapa, asalkan hati ini puas dan bahagia, itu yang paling penting. Saya bersama cik kaseh dan encik mentari sengaja memilih untuk ke Sunway Pyramid hari ini, bukan kerana apa hanya sekadar untuk menukar angin merasa tempat lain pula. Tambah lagi, tempat ini tidaklah sejauh manapun dari kolej kami. Jadi tidak salah mencuba ye tak? Hehe
Sebenarnya apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah betapa saya telah tertarik lalu ‘jatuh cinta’ pada tempat ini. Oh, nanti! Bukan saya seorang sahaja, KAMI bertiga sebenarnya! Hahaha.. Maka, kami telah sebulat suara bersetuju menetapkan bahawa tempat ini sebagai destinasi kegemaran kami pada masa-masa seterusnya. (tidakkah kami sangat ‘passionate’ dalam hal ini?? haha)
Sebenarnya banyak faktor-faktor mengapa kami terlalu berminat dengan tempat ini. Namun saya fikir tidak perlulah saya ceritakan kesemua faktor-faktornya di sini.
Pertama: Tempat ini tidak terlalu sesak dengan manusia, cukup selesa untuk berjalan-jalan dengan riang ceria berlagu mesra tanpa perlu berasa rimas jika berlanggar bahu ke bahu dengan sesiapa. (argh, yang ini paling saya benci). Malah anda juga boleh berjalan-jalan sambil menyanyi serta berlapang dada. (wah gembira sungguh nampaknya ya~) hahaha..
Kedua: Tempat parking keretanya sangat sistematik. Dengan adanya sensor lampu hijau/merah untuk menandakan kawasan parking itu kosong atau tidak, lantas ini menjadikan urusan hidup anda jauh lebih MUDAH! Pastilah, anda tidak perlu lagi pusing 10 kali mencari-cari tempat parking ye tak? Lihat dan cari sahaja lampu hijau, pasti anda akan gembira. Oh, tempat parkingnya juga ada menyatakan statistik kekosongan parking di setiap kawasan. Tidakkah ini bagus?? Hehe (macam promoter pula
Ketiga:
Keempat: Di sini juga ada panggung TGV. Jadi bolehlah kita menonton cerita hantu di sini pula yer cik kaseh~ hehehe.. erm Harap-harap di TGV ini, saya masih boleh membeli air yang bersaiz extra extra besar dengan harga hanya RM3. hehehe..
Kelima: Pusat bowling juga ada di sini. Bowling merupakan aktiviti riadah yang ada di dalam planner kami. Selain daripada berenang-renang dan berjogging di UM. Hehehe (ada dalam planner, tetapi tidak tahu tarikhnya. bolehkah begitu?) =P
Keenam: Bakal menjadi satu aktiviti yang paling seronok..Iaitu berkaraoke di RedBox! hahaha.. Kami mempercayai bahawa aktiviti ini sangat berkesan untuk menghilangkan stress dan geram ketika praktikal pada semester hadapan. Bukankah pelajar sekolah zaman sekarang ini ‘baik-baik’ belaka?
Ketujuh: Seperti yang diketahui umum, di sini juga ada tempat meluncur ais. Walaupun kami semua tidak tahu dan mungkin ada yang tidak pernah meluncur ais, kami mesti mencubanya! Caiyok! Caiyok! Teman-teman semua, jangan khuatir sekiranya anda jatuh kerana anda tidak akan jatuh tergolek sendirian. Hahaha =P
Rasanya cukup setakat itu sahaja yang mampu saya ceritakan. Wahh tidak sabar untuk ke
Sekian, Love and Peace to all~
2 comments:
sunway pyramid mmg sgt2 best! hehe
sume pon affordable.. mari mari karaoke! hehe
ahaha! mmg mahu ke sana juge! sangat geram nak menjerit nih...grrrr =P
Post a Comment