Friday, July 31, 2009

Saya Yang Menurut Perintah


Sudah hampir setahun saya tidak menulis. Pada mulanya memang sengaja malas, tetapi sudah lama-kelamaan blog ini sengaja terabai. (Haihh...bahaya sungguh penyakit malas nih). Memandangkan internet di sekolah kini telah pun dibaiki dan berada di tahap sempurna, jadi eloklah saya mula merajinkan diri menulis semula. Sambil-sambil dapat menghilangkan penat, tekanan dan kegeraman dengan anak-anak murid di sekolah..huhu..


Kali terakhir saya menulis adalah di IPBA. Ketika itu, kami golongan bakal cikgu-cikgi ini masih berdebar-debar dan pasrah menunggu keputusan posting. Hmm.. ke manalah nasib diri dicampakkan nanti yer...Hanya doa dan tawakal sahajalah yang mungkin dapat membantu. Walau bagaimanapun, saat-saat itu telah berakhir awal Januari tahun ini. Saya ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah Bentong. Syukur Alhamdulillah, masih di negeri kelahiran sendiri. Walaupun agak terpencil dari kesibukkan, kemudahan dan kemeriahan kota, saya gagahi juga mental, fizikal serta emosi demi TANGGUNGJAWAB. Kerana apa? kerana saya seorang ‘government servant’. Saya yang menurut perintah!! (wah, bersemangat gituh! kuikui..)


Namun, setelah hampir lapan bulan berkhidmat dan menyesuaikan diri dengan tugas serta persekitaran, jauh di sudut hati ini saya berasa cukup bersyukur. Kehidupan ala-ala kampung seperti ini tidaklah seteruk dan seburuk mana yang saya jangka pada mulanya. Saya masih boleh menikmati keseronokkan hidup sebenarnya! Seminggu sekali masih dapat pulang ke pangkuan keluarga…sebulan sekali masih dapat meluangkan masa bahagia bersama encik Kisahitu~hehe…sekali-sekala berjalan-jalan melihat keindahan alam sambil mencuci mata, makan-makan membesarkan badan dan macam-macam lagi.. Apa yang pasti, sekarang hidup saya lebih bahagia.. Oh, dan badan juga ‘lebih besar’.haha =P


Ermm..mengenai hal yang lebih peribadi pula, boleh dikatakan sekarang ini saya sangat bahagia!!!! *dengan excitednye* Ya benar! Lebih bahagia dari tahun-tahun yang lalu di mana saya selalu dijangkiti demam rindu..hihi.. Tetapi sekarang Alhamdulillah tidak lagi. Yay! anda tahu kenapa? Hehe..tidak lain dan tidak bukan kerana si dia tersayang sudah pulang!! Alhamdulillah..alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi dia pulang ke tanah air Februari lalu dengan selamat dan jayanya. Selain itu, lebih membahagiakan lagi apabila si dia juga telah memulakan kerjaya di negeri penyu bertelur. Nampaknya syarat-syarat wajib ayahanda saya sudah hampir dipenuhi. Hehe..memang tidak sabar untuk melangkah setapak ke hadapan. Melihat semakin ramai rakan-rakan dan sahabat handai yang telah ‘mendirikan masjid’, huhuu…tidakkah kau pressure??? =P


Okay, setakat ini saja dahulu ya. InsyaAllah, dengan izin Tuhan saya akan merajinkan jari-jemari ini untuk menulis lagi. Sekian, babai~



P/s: Jutaan tahniah kepada rakan-rakan yang telah dan bakal mendirikan rumah tangga. Saya sangat mendoakan kalian agar senantiasa diberkati Tuhan dan berkekalan hendaknya. Aminn…