Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillahhhh… Ya Allah...aku amat bersyukur atas nikmat ketenangan ini wahai Tuhanku!.. fuhh..Lega sungguh rasanya jiwa raga ini. Peperiksaan hari ini sudah tamat, maka dengan itu secara rasminya berakhirlah juga segala sesi akademik kami. Semua orang sangat gembira, dan segera meraikannya. (tak sabar-sabar nampaknya..hehe). Tidak mengapalah, setelah penat berhempas pulas berperang dengan peperiksaan, ada baiknya kita memberi sedikit ganjaran kepada diri sendiri, tak begitu?. Jadi, selamat berseronok dan berjoli ya rakan-rakan. Hehe (saya juga bakal berjoli sebentar lagi, heh)
Sementara menunggu masa, saya fikir ada baiknya saya berkongsi sesuatu di sini. (daripada tidur, lebih baik memblogging
Kenapa perasaan pelik ini tiba-tiba ada? Musykil sungguh. Tidak pernah sama sekali ia muncul dalam hidup saya sebelum ini. Biarpun pernah satu ketika dahulu saya sedikitpun tidak mengulangkaji untuk peperiksaan, namun tidak pula wujud perasaan sebegini. Tetapi kali ini, hm Tuhan sahaja yang mengetahui betapa risaunya saya. Ke mana entah hilangnya ‘rilexness’ dan ‘coolness’ untuk menghadapi peperiksaan selama ini. Saya dengan rendah diri mengaku bahawa saya telah menangis sepuas-puasnya malam tadi. Saya tidak dapat tidur. Saya sangat cuak!!
Saya ada bertanya kepada teman-teman rapat saya, “kalo aku fail, korang kawan ngan aku lagi tak??” Haha bunyinya seperti sangatlah tidak matang bukan? Tetapi sebenarnya saya benar-benar memaksudkannya. Alangkah bertambah hancur hati sekiranya teman-teman sekeliling hilang ketika kita dalam kesusahan atau kegagalan. Saya bertambah sedih mengenangkan itu. Saya sedar saya sangat-sangat tidak bersedia untuk peperiksaan ini. Apa yang saya
Tiba masa di dalam dewan peperiksaan pula, aduhh saya terasa lemah selemahnya. Rasa seperti nak muntah, nak pengsan, nak meraung juga ada. Saya melihat kertas soalan di atas meja, saya tertekan. Mahu sahaja saya koyakkan kertas itu dan terus keluar dari dewan tersebut. Madam Skema eh, Prema sudahpun memberi kebenaran untuk mula menulis. Ya ALLAH!! tangan aku menggeletar pulak! Apehal aku nih?!! Memang terasa nak menangis, geram pun ada. Rasa bagaikan nak hempas saja meja dan mengamuk. (ape salah meja tuh ye? Kesian meja..) Hm pasti saya akan dicop ‘GILA’ selepas itu. Kenapa aku jadi begini ya Tuhan…tolong…tolong…
Segala doa dalam ingatan ini saya telah baca. Alhamdulillah..alhamdulillah selepas itu saya tenang kembali. Bersyukur sangat kerana mampu berfikir dan memberi tumpuan semula. Hm walaupun agak kalut dan tergopoh-gapah menjawab, akhirnya sempat juga saya siapkan apa yang patut. Betul atau tidak itu terserahlah padaNya. Saya sudah mencuba sedaya-upaya yang termampu. Aduhh..mohon maaf juga kepada encik/puan pemeriksa kertas saya, diakui tulisan saya adalah jauh lebih teruk dari cakap ayam. Hehe. (urat tangan seperti kejang, tak larat menulis)
Namun apa yang terjadi adalah satu pengalaman penting bagi saya. Sekali lagi saya bersyukur segalanya telah di penghujungnya. Saya juga akan mengingati peperiksaan ini sampai bila-bila. Ya, kerana peperiksaan Curriculum Studies inilah yang nyaris-nyaris merosakkan mental saya! Hm barangkali juga ini merupakan satu pengajaran hidup kepada saya agar tidak lagi mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan assignment secara ‘ONS’. hahaha (ini adalah terma khas yang diberikan oleh Jarod Koko) =P. Eh, tetapi bukankah ia sudah terlambat untuk saya? Kerana saya sudah pun tamat pengajian. Dan selepas ini sudah tiada lagi peperiksaan ataupun assignment. Benar bukan
Okaylah. Sudah tiba masa. Saya mahu beronggeng dahulu ya~
Sekian. Love and Peace to all!
P/s: Anda ingin tahu apa itu ONS? hehe...
No comments:
Post a Comment