Wednesday, September 24, 2008

Terkejut!


Hehe..tajuk entri kali ini sengaja saya tiru daripada seseorang. Saya yakin dia tidak akan berkata apa, kerana dia sayang saya. hahaha.. Oh, maafkan saya. Izinkan saya ‘membajetkan diri’ sekejap. Sekali sekala bajet tak mengapa kan.. Kuikui.. (abaikan perenggan ini, saya hanya merepek semata..) =P

Terus serius kepada apa yang ingin dibicarakan ya. Hmm baru-baru ini saya terkejut. Maka sebab itulah tajuk entri ini begitu. Saya terkejut dengan pemikiran segelintir individu di sekeliling saya. Saya tidak berani mengatakan ianya salah atau betul kerana saya tidak pasti. Namun, ia terpulang kepada individu yang menilai. Erm insidennya begini....


(cikgu Mass sedang berjalan ke arah bilik guru bersama cikgu x, lalu berselisih dengan beberapa orang pelajar perempuan)

Pelajar : Hye teacher~!!! *sambil melambai-lambai tangan dan tersenyum girang*

Cikgu Mass : Hye girls~! *sambil tersenyum juge*

Tiba-tiba,

Cikgu X : Ape hye-hye? kan dah berapa kali cikgu cakap, nak tegur cikgu bagi salam atau selamat sejahtera!. Kamu ingat cikgu nih kawan-kawan kamu??? *dengan nada yang marah*

Cikgu Mass : *erks* *terkejut*

(pelajar-pelajar tersebut berlalu pergi dengan wajah sedih kerana dimarahi cikgu x)


Aduhaii...saya bingung sekejap.. eh lama juge, seharian mungkin. Memikirkan serta mengenalpasti celah mana terselitnya kesalahan pelajar-pelajar tersebut yang menyapa guru dengan “hye/ hai/ hi” (ikut suka andalah bagaimana nak mengejanya). Tetapi mengapa cikgu x begitu marah?? Bagaimana sebenarnya cikgu x ‘menginterpret’ sapaan pelajar-pelajar itu?? Adakah cikgu x merasakan sapaan sebegitu adalah satu perkara yang biadab dan tidak boleh diterima?? Hm mungkin kot.. kalau tidak, masakan dia begitu marah. Entahlah.. Namun begitu, saya terasa amat kasihan dengan pelajar-pelajar tersebut. Sungguh saya terkejut.


Dari sudut pandangan peribadi, tegas saya katakan bahawa saya tiada masalah dengan sapaan begitu. Saya tidak merasa apa-apa kurang selesa dengan sapaan “hye” mereka itu. Malah saya gembira apabila mereka menegur saya sambil kelihatan sangat gembira di wajah mereka. Saya fikir mungkin mereka merasa gembira berselisih dengan kami ketika itu. Mungkin juga itu adalah cara mereka menonjolkan tanda kemesraan. Aduh, tiba-tiba saya merasakan sedikit rasa tidak puas hati di sini.


Saya berpendapat sedemikian bukanlah kerana saya ini terlalu bersikap konservatif. Memberi dan menjawab salam itu memang bagus, pelajar dan guru sama-sama dapat pahala. Saya tidak nafikan dan tidak juga menghalang perkara baik ini. Tetapi, tidak salah kan sekiranya guru-guru bersikap lebih santai dan ‘less formal’ dengan pelajar?? *saya memang taknak kalah* Pada dasarnya, saya sentiasa percaya kepada had. ‘I’m cool, but I have limit’. Dalam erti kata lain, saya senang bilamana pelajar-pelajar saya mesra dan seronok dengan kewujudan saya di sekolah. Tetapi pada masa yang sama juga, mereka harus berwaspada agar tidak naik kepala dan menyebabkan saya ‘bertukar hijau’.. Dan yang penting sekali, saya tahu menilai pelajar mana yang sopan lagi tertib, dan mana yang ‘tidak cukup diajar’ lagi menyakitkan hati.


Hm kepada rakan-rakan seperjuangan lain, apa pula pendapat anda ye? Bukan niat saya untuk membesar-besarkan perkara kecil ini. Saya sendiri cuba mengabaikannya, namun ia meleret sehingga terhasilnya entri ini. huhu… Maafkan saya sekiranya anda merasakan saya ini cikgu yang entah apa-apa, bakal merosakkan anak bangsa, la dida la dida…Saya tahu anda berpendirian sendiri, begitu juga dengan saya. Akhir kata, selamat mengajar dengan seikhlas hati! =)


Sekian. Love and Peace.



P/s: Abah tersenyum dan menggeleng kepala sahaja apabila membaca kad-kad raya kiriman anak-anak murid saya yang tertulis “I love you so much, teacher!!!xoxo”, “I’m gonna miss you so much, teacher! Mmmmuuahhh” …bayangkan ini terjadi pada zaman abah mengajar dulu (era 60-an), mesti teruk ‘dibasuh’ budak-budak ini kan…hehe..

Tuesday, September 23, 2008

Datang dan Pergi


Minggu ini merupakan minggu terakhir saya berpraktikal di sekolah. Terasa sangat lega bercampur sedih juga ada. Lega kerana segala penat, pening kepala dan kusut serabut menyiapkan lesson plan bakal berakhir tidak lama lagi. Fuhh Alhamdulillah… Namun, saya juga sedih mengenangkan yang saya tidak akan mengajar anak-anak murid saya ini lagi. Saya pasti rindukan telatah dan kerenah mereka. Walaupun segelintir mereka agak nakal, sukar mendengar kata, bising dan comot, insan-insan inilah yang banyak mengajar saya bersabar, bertolak ansur dan berperikemanusiaan dalam kehidupan terutamanya sekali di dalam kelas. (tanpa sifat perikemanusiaan, saya pasti telah mendera murid-murid ini dengan kejamnye..huhu)


Dalam tempoh 14 minggu yang hampir berlalu ini, macam-macam hal berlaku di sekolah. Baik yang manis, yang buruk, yang sedih, yang lawak, yang geram, yang best, yang ‘hegeh’, dan banyak lagi lah..semuanya cukup memberi warna-warni kepada kehidupan saya di sekolah ini..hehe.. Apapun, saya pasti pada hari Jumaat 26 September 2008 nanti, saya akan menangis atau ‘ter-menangis’ (mungkin tak sengaja menangis kot) meninggalkan perkarangan SMK Sultan Abd Samad, PJ itu. *Sobs* Erm kalau boleh, biarlah menangis dalam kereta, malu juge kalau anak-anak murid nampak kan..huhu


Erm sedih berkenaan sekolah itu satu hal. Satu hal lagi, saya sedih kerana bulan Ramadhan al-Mubarak ini juga bakal sampai ke penghujungnya. Terasa sangat pantas waktu berlalu. Bak kata encik Kisahitu, memang sudah lumrah manusia. Adakalanya kita leka dan lalai tanpa menyedari waktu yang berlalu. Pasti ada di antara kita ini yang sudah excited nak beraya, sudah sibuk mengemas rumah, membuat kuih raya atau bershopping. Erm baguslah, ‘persiapan awal’ gitu kan.. Dan pasti ada juga segelintir yang sebak lagi hiba meratapi pemergian bulan yang penuh keberkatan ini. Bulan di mana Tuhan memberikan manusia peluang untuk menyucikan diri dengan bertaubat dan beribadah kepadaNya serta segala kebaikan yang dikerjakan akan dilipat gandakan ganjarannya oleh Allah swt. Hmm.. jadi anda yang sedang membaca tergolong di kumpulan mana ya? Saya? hm entahlah.. *sobs*


Oleh kerana Syawal bakal menjelang tiba, jadi saya ingin mencuri sedikit kesempatan di entri ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin kepada anda semua. =)


Sekian. Love and Peace to all..



P/s: Tinggal beberapa hari sahaja lagi, masih sempat untuk membanyakkan amal kebajikan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua. InsyaAllah.. ~Renung-renungkan dan..Selamat beramal~~ (gaye professor izi hj ali) hehe...

Sunday, September 7, 2008

SABAR


Ramadhan yang berperisaikan kesabaran. Itulah yang sering saya bisikkan dalam hati. Kehilangan dompet pada malam semalam benar-benar menguji kesabaran saya. Sabar dari menggelabah, meraung, memaki, menyesal dan apa-apa lagi yang tidak patut. Benar, Ramadhan sungguh mengajar kita erti sabar itu.


Tidaklah saya langsung tidak bersedih kehilangan dompet, saya sedih, pilu, terdiam, dan tak bermaya juga sebenarnya. Haduih..ini sudah kali kedua saya cuai dan lalai tercicir dompet sendiri. Sudahlah segalanya hilang, renyah dan leceh lagi menyusahkan sungguh bila kita terpaksa buat baru kad pengenalan, lesen memandu, kad-kad bank, bla..bla..bla.. Itu belum termasuk denda dan kesibukan mengajar yang amat dan sebagainya lagi. Kalau diikutkan perasaan, semua itu cukup membuatkan saya geram dan rasa nak mengamuk marahkan diri sendiri. Huhu.. (kadang-kadang saya ini perengus dan baran juge..) =(


Namun, berkat kesabaran di bulan Ramadhan inilah yang banyak memujuk dan menahan saya supaya tidak terlalu ‘nervous breakdown’ dengan apa yang telah terjadi. Saya percaya Tuhan tidak akan menjadikan sesuatu yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kita. Segalanya pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin kesabaran dan kesedaran diri adalah hikmahnya. Mungkin wang yang hilang itu bukan rezeki saya sebenarnya. Mungkin juga perkara ini akan mengajar saya supaya menjadi lebih extra berhati-hati membawa dompet ke mana-mana.


Kata encik Kisahitu kepada saya, "be positive…be positive…". Ya, memang benar, saya faham sekarang. Bilamana kita bersabar dan melihat sesuatu secara positif, InsyaAllah hati akan terasa lebih tenang dan senang. Dan yang paling penting adalah, kita redha dan tawaqal dengan Qada’ dan QadarNya. Hm terharu sungguh bila teringat kembali kata-kata seorang sahabat, “takperlah mass, hilang wallet jer kan..ada orang lain tuh hilang mak ayah..sabar kay”. Menusuk benar kata-kata itu. Saya mengerti maksud sahabat saya ini, tak perlulah saya bersedih sangat dengan kehilangan dompet itu. Dompet boleh beli baru, duit boleh tunggu elaun lain masuk, I/C kad-kad bank dan lesen boleh buat baru…Ya, saya boleh bersabar. Lebih-lebih lagi di bulan puasa begini, InsyaAllah pasti boleh..


Sebelum terlupa, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang selalu mengambil berat. Semoga Tuhan akan membalas budi baik kalian semua. Kepada cik Nisa, terima kasih kerana sudi menemani saya ke Balai Polis tempoh hari yer..sayang u sangat-sangat! Akhir kata, tak perlulah khuatir atau bimbang, saya baik-baik sahaja sekarang. Alhamdulillah.. =)


Sekian. Love and Peace to all.

Friday, September 5, 2008

Pelangi 2007


Malam ini hati saya sayu. Saya rindu si dia di
New Zealand. Dan saya percaya dia juga rindukan saya. (biarlah bajet pon, suke hati lar kan..sobs). Lebih sayu lagi bila dia katakan dia rindu keluarganya juga. Sudah empat tahun tidak sama-sama berpuasa dan beraya bersama. Tersentap rasanya. Haduihh.. Kalau saya, jangankan empat tahun, dua tahun berjauhan dengan keluarga sudah menjadi pengalaman yang teramat amatlah sukar, pahit, perit, seksa dan sebagainya. Huhu.. (sabar ye awak di sana..saya tumpang sedih..malah lebih sedih pule..sobsob)

Teringat pula ketika Aidilfitri 2006. Subhanallah..apalah ujian Tuhan ke atas aku ini..Sudahlah homesick bagai nak meraung setiap masa, si X pula tiba-tiba berkeputusan untuk ‘memecat’ saya. Nyaris-nyaris hilang kewarasan saya ini. Namun, syukur alhamdulillah dengan berkat doa ahli keluarga di Malaysia serta rakan-rakan yang simpati lagi mengambil berat tentang diri ini, makanya saya kembali ceria. =) (jutaan terima kasih kepada 'kaunselor peribadi' saya Dato’ Dr Hj Hamzah dan isteri, Datin Hjh Hasnidar atas segala nasihat, kata-kata semangat dan doa agar saya senantiasa tabah dan terus ke hadapan). Hm terus terang saya katakan di sini, sambutan raya pada tahun ini tidaklah seseronok mana. Hm paling teruk dalam sejarah hidup barangkali. Huhu.. (tapi mujurlah sekurang-kurangnya juadah jamuan raya di M’sian HiComm sedap-sedap belaka..itu tak dinafikan..heh)


Aidilfitri 2007 pula sungguh jauh berbeza. Syukur alhamdulillah ya Tuhan..wahh saya tersangatlah gembira dan seronok..Walaupun saya masih homesick teruk ketika itu, tetapi saya ada dua ‘permata hati’ di sana. Hehe..Yang saya amat sayang. Siapa yer? Tentulah si dia di Christchurh itu dan adek Zatil Afiqah saya~ oh! Kehadiran insan-insan ini cukup menceriakan dan membahagiakan kehidupan saya. Ini adalah puji-pujian tulus lagi ikhlas ok! Hehe.. Dek zatil ini sangatlah riang ria orangnya, sangat lawak selalunya. Dia adalah rakan serumah saya, merangkap pembantu setia saya memasak di rumah (pegawai Sirim!), teman sejati membeli-belah barang dapur (ke Pak n Save mengheret troli.hahaha), berjalan roadtrip ke sana sini, ‘ber-evil-an bersama, dan macam-macam lagilah. Fiuhh~ pendek kata, dia memang best!


Erm manakala si dia ini pula saya ibaratkan ‘hadiah’ Tuhan kepada saya. Sangat istimewa di hati saya. Dia tiba elok pada masanya. Bagai pelangi yang menghiasi hari yang cerah lagi indah. Masih segar di ingatan saya akan kata-kata keramat Abah, “sudah, biarkan yang lama tu pergi, insyaAllah Tuhan temukan dengan yang baru nanti, yang jauh lebih elok untuk kamu..dengar cakap abah ni, banyakkan sabar”. Iya Abah, saya dengar dan saya percaya kata-kata itu. Dan kini saya cukup bahagia dengan si dia ini. Alhamdulillah syukur.. =)


Bercakap tentang mereka berdua ini membuatkan saya lebih sayu. sobsob. Seorang di Christchurch, seorang lagi di Wellington. Kepada anda berdua, saya amat rindu!!! Tak sabar saya menanti kepulangan mereka ke tanah air pada hujung tahun ini. Tak sabar untuk bertemu mereka lagi. Dan saya tahu mereka juga tidak sabar untuk bertemu saya! Haha bajet lagi kan. Saye memang begini. =P



Kiri dan kanan yang membahagiakan



Baiklah, cukup setakat ini saja. Bulan puasa begini sangatlah elok jika kita memanfaatkan masa dengan beribadah kepadaNya. (sebenarnya saya cuba mengingatkan diri sendiri supaya tidak terlalu lalai)..huhu.. Oleh itu, selamat mengerjakan ibadah ya rakan-rakan.


Sekian. Love and Peace to all.



P/s: Syukur alhamdulillah atas ‘nikmat’ bulan Ramadhan. Kini anak-anak murid saya lebih mudah mendengar kata. Dan saya pun lebih senang hati. =)

Sunday, August 31, 2008

BLISS: Merdeka dan Ramadhan


Entri kali ini ringkas sahaja. Saya tiada banyak masa untuk membebel berceloteh panjang kerana ‘waktu terlalu mencemburui saya’. (pfftt..teringat plak zaman berpidato di sekolah dulu..kuikui) =P Cumanya di sini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-51 kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana jua anda berada. Apa yang penting untuk kita sama-sama fahami ialah, tidak semestinya tidak meletakkan bendera di atas kereta bermakna anda tidak patriotik dan sayangkan negara. Secara peribadi saya menegaskan bahawa itu sangat TIDAK RELEVAN. Kerana apa? Kerana semangat patriotisme itu bukan hanya boleh ditunjukkan dengan cara begitu. Malah banyak lagi cara yang lebih bernas dan memberi manfaat kepada semua.


Haa, dan yang lebih penting juga di sini, dengan sangat excitednya saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Ramadhan, kedatangannya amat dinanti, ketiadaannya dirindui, pemergiannya ditangisi… Semoga kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini dapat sekali lagi memberi peluang kepada kita menjadi insan yang lebih bertaqwa dan bersyukur kepadaNya. Bagi diri ini pula, berbanyak ampun dan maaf dipinta atas segala salah dan silap yang tidak sengajakan. (yang sengaja tuh sbenarnyer gurau2 jer tau..heheh.. =P ) Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa ya. =)


Sekian. Love and peace to all!



P/s: Alhamdulillah.. syukur tahun ini saya dapat berpuasa di tanah air, bersama keluarga tersayang. Tiada lagi ‘homesick’ dan air mata ketika berbuka mahupun ketika menyediakan juadah berbuka. Huhu.. Oh, kepada ‘kamu’ yang masih berjuang di perantauan itu, tabahlah dan kuatkan semangat ok. =)


P/s 2: Hmm.. saya baru sedar, entri ini rupanya tidaklah seringkas mana kan.. haihhh.. =|

Wednesday, August 6, 2008

Buat yang istimewa...


And I never thought I'd feel this way
And as far as I'm concerned
I'm glad I got the chance to say
That I do believe I love you

And if I should ever go away
Well then close your eyes and try
To feel the way we do today
And then if you can remember

Keep smiling, keep shining
Knowing you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for

Well you came in loving me
And now there's so much more I see
And so by the way I thank you

Oh and then for the times when we're apart
Well then close your eyes and know
The words are coming from my heart
And then if you can remember


(That’s What Friends Are For -by Dionne Warwick)



Lagu ini saya tujukan khas kepada mereka yang istimewa di hati ini. Anda semua adalah bintang-bintang hati yang saya sangat sayangi. Terima kasih atas kegembiraan dan keseronokan yang selalu dikongsi bersama. Kita tahu kita tidak mungkin selamanya bersama. Suatu masa kita pasti akan berjauhan. Lumrah kehidupan. Tapi tak mengapa, jauh hanya di mata, di hati dekat selalu. Ye tak?? Hehe.. Oleh itu, lagu ini adalah untuk anda. Selamat mendengar!


Sekian. Love and Peace to all.



P/s: Lagu ini saya tujukan untuk ‘awak’ juge.. tetapi awak lebih istimewa.. hehe.. xoxo~

Saturday, August 2, 2008

JAUH


Saya tahu saya dan kamu jauh.
Terpisah jauh aduhai beratusan ribu batu jaraknya mungkin.
Saya tahu dan kamu juga tahu, jauh lebih tahu.
Buat masa ini jauh itu ‘bagus’.
Bagus dari banyak segi.
Namun, jauh itu buat saya rindu, selalu rindu. sobs

Kadang-kadang jauh ini mencuit hati juge.
Bilamana saya baru saja bangkit dari tidur,
eh kamu sudahpun membizi di uni...
Bilamana saya baru ingin menikmati sarapan,
oh kamu mungkin sudah siap lunch atau brunch…
Bilamana saya sedang bersiap-siap ke sekolah,
erm kuliah-kuliah kamu mungkin sudah settle pada hari itu...
Bilamana saya baru sahaja pulang ke rumah.
huh sudah tiba waktu tidur kamu!
Kamu memang jauh lebih advanced bukan?..hehe

Jauh ini adakalanya sukar bagi saya.
Tapi saya percaya jauh ini tidak jauh lagi.
InsyaAllah beberapa bulan lagi jauh ini bakal berakhir.
Dari jauh, saya pohon doa bagi kejayaan kamu di
sana.
Dan semoga kamu kembali dengan selamat, ‘sehat’ dan ceria.
Akhir sekali, penting untuk kamu tahu.

Saya selalu sayang kamu. =)


"Beruntungnya diriku memilikimu,
Berikan cahaya temani langkahku,
Andai sejak dulu kau ada di sisi,
Mesti tak akan ada cinta yang lain.
Engkau pelita yang hangatkan diriku,
Semua begitu indah bagai di surga.
Tak ku rasa sebelumnya,
Sejuta cinta yang terindah...."

Friday, August 1, 2008

Oh Sabah Oh Sarawak


Sekarang ialah fasa kedua praktikal saya. Fasa dimana kami di’evaluasi’. Saya sebenarnya tidak berminat nak bercakap banyak tentang praktikal ini. Tak banyak pun perbezaannya dengan fasa pertama, cumanya saya ada terasa sedikit lain pada diri sendiri. Hmm.. (ada orang kata saya buang tebiat, ermm mungkin. Apa-apalah..)

Segalanya berkenaan posting. Saya dan seluruh rakan-rakan seangkatan akan di’posting’kan pada awal tahun depan. Berdebar-debar semuanya, saya juga begitu. Kalau sebelum ini, seboleh-bolehnya saya mahu ditempatkan di Semenanjung Malaysia, lagi best kalau dapat di sekitar daerah Temerloh. Siapa tak mahu tinggal dekat dengan famili kan?? Hehe.. Tetapi sekarang, lain pula di kepala saya ini. Kadang-kala saya juga bingung dan kusut memikirkannya.

Saya mahu mengajar di Sabah atau Sarawak. Ya, saya mahu dengan sepenuh rela dan ikhlas hati. Ha kenapa?? Usah bertanya. Saya juga sama tidak pasti akan jawapan sebenarnya. Banyak perkara yang bermain di minda saya. Saya ini lemah, sungguh saya tak mampu memikirkannya dari setiap dan segala sudut. Apa yang saya faham ketika ini ialah saya mahu pergi ke sana. Mengajar anak-anak di sana. Di bandar atau di pedalaman saya tidak kisah. Lama atau sekejap terpulanglah. Tak penting pun rasanya.

Saya tahu ini semua berubah secara tiba-tiba dan saya juga sedar buruk baik hal ini hanya Tuhan saja yang mengetahui. Oh yer, suka saya ingatkan bahawa saya ini bukanlah ‘patriotik’ mana pun. Tidaklah pula saya ‘rebel’ kepada apa-apa pun. Saya ini hanya sekadar ingin ‘merasa’. Rasa apa ya? Entohlerr….

Ermmm…Lapang dada saya bila encik Kisahitu sentiasa menyokong dan memberi semangat. Walaupun ianya mungkin berisiko, tapi sesungguhnya ‘bersabarlah..sabar itu adalah kunci’. (ini ialah kata-katanya yang ‘mencaerkan’ saya suatu ketika dahulu..kuikui). Harap-harap ahli keluarga saya juga begitulah hendaknya. Sentiasa positif dan suportif gituh.. hehe =)

Sekian. Love and Peace to all!


P/s: Seperkara kecil untuk dikongsi bersama…….

Kadang-kadang kita fikir kita Salah membuat perhitungan hidup, dan kita pun menyesal. Tetapi, pada hakikatnya Salah itulah yang membetulkan kita dan membawa kita kepada kesedaran dan kedewasaan lalu terus kepada kebenaran. Oleh itu, bertenang dan bertawakal sahajalah dengan segala keputusan yang kita lakukan.

Tuesday, July 22, 2008

You..and no other..forever


Ini hanya untuk kamu.
Kerana hanya kamu yang memahami ini.
Dan memahami saya.

Saya begini atas mahu sendiri.
Bukan niat saya mendatangkan susah kepada kamu.
Tetapi saya harapkan lapang dan tenang untuk kita.

Hati ini bukan ingin pergi. Tidak sekali.
Kita masih seperti dahulu dan seperti biasa.
Kita jaga dan pelihara taman bunga itu bersama.
Selamanya.

Moga-moga 5 atau 6 bulan lagi. Mungkin lebih.
Kita akan bertemu lagi dengan izinNya.
Jaga diri di
sana. Saya sayang kamu.
Hanya kamu.

Sunday, July 20, 2008

Tersenyum lebar Teacher Mass


YIHUUUU!!! Sudah sebulan kami berpraktikal, maka kami akan diberi ‘cuti rehat’ seminggu untuk ‘ber-mid-briefing’ pula. Yeay! Saya sungguh tidak sabar~ Oh, saya bukan tidak sabar untuk mendengar briefing itu yer, tetapi saya sangat excited untuk kembali bertemu bintang-bintang hati kesayangan yang amat dirindui..hehe (seperti biasa kami akan bosan mendengar ceramah dan taklimat, makanya kami akan.…..-dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan-….) =P

Jumaat lepas, sebelum kelas tamat saya ada mengingatkan anak-anak murid saya bahawa saya tidak akan berada di sekolah sepanjang minggu hadapan. Maka riuh rendah lah kelas itu jadinya. Saya dihujani seribu satu soalan dari mereka yang mana saya fikir tidak perlu saya jawab pun. “teacher, where’re you going teacher??”…”teacher, why you’re leaving us teacher??”…”teacher, you’re getting married eh teacher??”...bla..bla..bla…errghh, annoying sungguh anak-anak murid saya ini bukan? Haha..tapi saya tahu anak-anak murid saya sayangkan saya..heh =P

Alahai, kasihan lar pula melihat muka mereka terkebil-kebil ingin tahu saya kemana kan..hehe..(yer, saya cikgu yang suka menjaki anak-anak murid) Jadi, saya pun menjawab dengan ringkas, “I’m going back to my Uni, got a work to do”. HOH! Saya ingatkan mereka akan terus diam, rupa-rupanya sekali lagi mereka membuat bising lantas meranapkan classroom control saya. ”Wahh teacher’s going back to New Zealand”..”teacher!! bring back souvenirs!!! Please teacher~~”..”teacher!!we wanna see your pictures boleh tak??.. bla..bla..bla…. (sekali lagi mereka ini meng-annoying-kan diri..adoihh).

Tetapi Teacher Mass tidak pula berkata apa-apa respon kepada anak-anak muridnya. Malah siap tersenyum-senyum memberi signal “yes” kepada mereka semua. (hantu punye cikgu lar aku nih kan…menipu anak-anak murid! Haha. Padan muke korang). Lalu saya sengaja bertanya kepada mereka,(sebenarnya nak test jer).. “So?? I am going away..Are y’all gonna miss me??”.. HOOO.. sekali lagi dan seperti biasa mereka memekak di dalam kelas saya. huhu..Elok pada waktu itu saya bawa masking tape, jadi boleh saya tape mulut setiap seorang! Huh!

Namun sebenarnya saya ada terasa sedikit suka dan bahagia mendengar mulut-mulut bising mereka ini. (bangga + kembang hidung pun ada kot). Tahu apa mereka kata? Kuikui.. “of kos we’ll miss you teacher!!!!!”…”please don’t go lar teacher!!!”…”teacher don’t go!!”..!”we love you teacher!!”…pom prangg..pom prangg… Hahaha. Tersenyum lebar lah sekejap saya mendengar semua tuh~..Terasa disayangi dan dipujai gitu kan.. =P (bajet lar kau cik mass oi!) Haihh kata orang, budak-budak memang jujur.. Ye ker? Erm entahlar..Barangkali mereka nih memang pandai membodek kot. Hehe. Apa yang penting, mereka sangatlah menghiburkan hati saya dan saya sayang mereka. Saya seronok melayan kerenah mereka, walaupun selalunya mereka ini sangat annoying dan busybody…hehehe.

Sebenarnya, saya tahu saya akan rindu pada mereka setelah seminggu tidak ke sekolah. Huhu..Oh ya, jangan risau yer dengan penipuan saya terhadap anak-anak murid saya itu. Walaupun saya memang langsung tidak kembali ke New Zealand sebenarnya, tetapi saya memang ada souvenir untuk mereka. Fuhhh nasib baik souvenir itu masih ada dan cukup untuk setiap seorang..kalau tak, kesian jugalah ‘encik kisahitu’ terpaksa belikan dan pos souvenir itu ke sini. Heheh.. =P (sayang awak~)


Sekian. Love and Peace to all!

Sunday, July 13, 2008

Kerana ayah dan ibu


Waktu di hujung minggu begini, saya sering kebosanan di asrama. Hati ingin pulang ke kampung, tapi..hm disebabkan harga petrol sudah naik bagai tak hengat, jadi lupakan sajalah. Hujung bulan lar nampaknya saya menjenguk orang tua tersayang.

Apa yang saya ingin tulis kali ini, saya YAKIN ianya pasti akan mengganggu kesabaran dan kestabilan emosi sesetengah pihak. Pada mulanya saya terasa hati juga (sikit je lar), tetapi memandangkan terlalu banyak lagi perkara lain yang jauh lebih penting untuk saya fikirkan, makanya saya anggap hal ini sebagai ‘picisan’ sahaja.

Apa hal sebenarnya ni ya? Haa begini..Baru-baru ini saya ada berbual dengan seorang rakan lama. Sudah bertahun-tahun tidak mendengar cerita. Rakan saya ini pun bakal menjadi seorang jurutera tidak lama lagi. Wah, tahniah saya ucapkan..Untuk memendekkan cerita, ketika kami sedang berbual tentang kerjaya masa depan, rakan saya ini mungkin tersasul (mungkin juga tidak) berkata, “mass..mass..you dulu result cam bagos, last-last jadik cikgu jer”…

Saya terdiam seketika. Terkejut barangkali. Dia terus tergelak. Lalu saya terus menukar topik perbualan.

Hurmm…Saya tidak merasa marah. Tidak juga merasa sedih. Namun hati saya ini kuat untuk menjelaskan satu perkara kepadanya. Penting untuk dia tahu bahawa menjadi ‘cikgu’ itulah sememangnya kemahuan IBUBAPA saya. Saya lakukan semua ini atas kehendak mereka. Saya tinggalkan segala yang dulu saya fikir elok dan seronok demi mengikut telunjuk dan kata mereka. Dan saya amat bersyukur kerana apa yang saya lakukan sekarang ini mendatangkan gembira dan senang hati kepada mereka. Kerana mereka itu ibubapa saya. Itu sahaja.

Hm terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan yang telah memberi kata-kata penguat semangat kepada saya berkenaan hal ini. Tak usah bimbang, saya tidak sakit hati atau emo dengan kata-kata sebegitu. Biarlah, hati dan pendapat manusia berbeza bukan..Apa yang penting di sini, kita lakukanlah segala apa yang kita yakin dan percaya ianya Betul. Saya yakin saya betul. Saya percaya akan ibubapa saya. Kepada rakan saya itu, doa saya semoga awak berjaya di masa hadapan.

Fuhh..cukup setakat ini saja. Saya sebenarnya ‘in denial’ dengan tahap kesibukan kerja-kerja yang tertangguh sejak tiga minggu lepas. Aduhaiii.. (tapi masih sempat melepak di kedai mamak tuh..Hehe..)

Sekian. Love and Peace.


P/s: Saya teringat kata-kata ini yang dipetik dari filem kegemaran ‘Braveheart’. Seorang ayah berkata kepada anak lelakinya yang terlalu muda untuk berperang. “I know you can fight, but it’s our wits that make us men”. =)

Tuesday, July 8, 2008

Lesson Pening


Fuhhh..sudah masuk minggu ketiga rupanya saya di sekolah. Wah terasa cepat betul waktu berlalu! Jadi, tinggal lebih kurang lapan minggu sahaja lagi untuk menamatkan segala ‘seksaan’ praktikal ini. (yeyeh~ pasnih boleh ronggeng! Hehe)

Hm nampaknya saya sudah jarang berpeluang untuk mengupdate blog ini. Maaf ya rakan-rakan, anda semua pasti tahu di musim praktikal ini kita harus ‘bercinta’ dan 'berkasih sayang' dengan ‘rancangan pengajaran harian’ (lesson plan) dan juga ‘alat bantu mengajar’ (teaching materials). Haihh apalah nasibku…

Namun pada kali ini saya sengaja menulis entri ini untuk mengisi masa lapang saya. HAH! sangatlah tipu. Sebenarnya saya menulis kerana saya amat tertekan, geram, benci, menyampah dan segalanya dengan tugasan praktikal ini. Errghh! Malam ini saya sungguh emo. Jadi saya tidak mahu mengusutkan fikiran memikirkan tentang lesson plan dan teaching material untuk hari esok. Ye! Saya tak mahu! Peduliklah! Pegi mati. (saya ucapkan tahniah kepada anda yang berjaya mencari peluang untuk berdating, atau keluar menonton wayang atau bekerja sambilan pada ketika ini. anda sungguh hebat!)

Saya terasa sangat terseksa dan mentally-tortured dengan tugasan harian menyiapkan lesson plan ini. Bagi saya ianya sungguh renyah, remeh, merepek dan berlebih-lebih demandnya. Lebih teruk lagi bila ‘si nenek tua’ itu memberi komen sebegini mengenai lesson plan saya, “you must be more detailed, this is not enough..you should write down the examples..bla..bla..words..bla..bla..questions..bla..bla..bla”.. what??! Ya Tuhan..ape ko nak aku tulis 10 pages lesson plan ke??! erghhh!! %^$#@&#$&!!!!! (Hanya teman-teman rapat sahaja mengetahui apa yang terkeluar dari mulut ini. huhu)

Fuhh..fuhh...hm sebenarnya bukan perangai pelajar yang membuatkan saya stress naik darah sampai begini, tetapi tugas membuat lesson plan..huhu.. Tolonglah..tolonglah..tolong berikan saya sedikit kata-kata semangat untuk terus berupaya dan berusaha menulis aturcara sesi pengajaran dan pembelajaran harian saya. Sungguh saya sudah tak larat lagi. Kalaulah boleh, saya mahu masuk ke kelas dan mengajar sesuka hati tanpa perlu risau tentang lesson plan yang ‘detailed’. Hakikatnya saya cukup seronok mengajar anak-anak murid saya, walaupun kadangkala mereka ini agak susah mendengar kata, dan saya hampir-hampir bertukar ‘hijau’..tetapi….hmm..huhuhu =(

Hm lagi satu, saya merasakan sesi praktikal ini BUKAN satu gambaran sebenar kehidupan bertugas sebagai tenaga pengajar di sekolah. Sebaliknya, ia cuma satu sesi ujian dalam jangka waktu panjang (tiga bulan!!damn) yang amat menyeksakan untuk mengenalpasti guru-guru pelatih ini mengaplikasikan segala jenis teori yang dipelajari dahulu DI DALAM LESSON PLAN MEREKA YER.. Pfffttt.. crap!

Sekian.


P/s: Maaf sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya. Kita manusia memang berbeza. Maaf sekali lagi.

Monday, June 23, 2008

Setelah sekian lama..


Assalammualaikum wbt.

Sudah lebih sebulan lamanya blog ini terabai. Bukan kerana saya sengaja, tetapi saya tidak berpeluang untuk berinternet dan memblogging. (sebenarnya malas pon ye juger..) =P Cuti semester baru-baru ini ‘memaksa’ saya sibuk terperuk di rumah. Sibuk benar saya menjadi ‘bibik baru’ di rumah. Huhu..

Makanya sekarang saya cuba sedaya upaya untuk meluangkan sedikit masa bersama blog kesayangan saya ini. (maafkan saya ye wahai blog~) Hmm kali ini saya sekadar hanya mahu bercerita dan berkongsi sedikit perkembangan diri saya bersama anda semua. Dari segi fizikalnya saya memang sudah ‘mengembang’ dengan jayanya. Pencapaian ini sangatlah tidak bagus dan saya amat tertekan dengannya. Huhu..

Dari segi akademiknya pula, kini sudah bermulanya praktikal mengajar saya di SMK Sultan Abd. Samad, Petaling Jaya untuk tiga bulan lamanya. Alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerana segalanya baik pada mulanya. Erm daripada pengalaman kali pertama saya masuk ke kelas dan mengajar di sekolah ini, sungguh saya merasakan kerjaya mengajar dan mendidik murid-murid bukan satu perkara mudah. Silap haribulan, anda boleh mendapat penyakit tekanan darah tinggi ataupun serangan sakit jantung. Huhu.. Jadi, anda yang selama ini merasakan tugas ‘cekgu’ ini mudah dan senang, fikirkan semula yer.

Diharapkan sesi praktikal ini akan sentiasa baik dan sempurna sehingga ke hujungnya. InsyaAllah.. Kepada semua rakan seperjuangan yang sedang dan akan berpraktikal, saya doakan agar kalian tetap tabah dan berbahgia. Semoga berjaya! =)

Baiklah, setakat ini sahaja yang sempat saya taipkan. Minda saya sungguh tidak tenang memikirkan lesson plan untuk hari esok. Hadoihh..

Sekian.

Sunday, May 18, 2008

Cikgu oh cikgu~


Sambutan Hari Guru baru-baru ini saya rasakan sangat ‘best’. Kenapa ya? Hehe.. kerana pada kali ini saya dapat merasakan ‘semangat’ keguruan itu. (ececeh..semangat nak jadi cikgu gituh.hehe). Kali ini saya seronok, seronok mendengar ucapan-ucapan ‘Happy Teacher’s Day’ daripada rakan-rakan seperjuangan, daripada keluarga, serta daripada teman-teman yang bakal jurutera, bakal doktor, bakal usahawan, bakal peguam, bakal pakar komputer dan banyaklah..Terharu pula dibuatnya. sobss

Tahun ini juga merupakan tahun istimewa untuk kami semua. Sebelum ini kita hanya bergelar pelajar dan meraikan warga-warga pendidik. Tetapi kali ini agak berbeza, kerana kita semua meraikan dan juga diraikan! Ya, kita semua sudah hampir kepada kerjaya ini. Wahh! (cuaknyer!) Hmm..sebenarnya hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kami menjejakkan kaki ke alam perguruan yang sebenar. Selamat maju jaya semuanya! =)

Tahniah juga saya ucapkan kepada Teacher’s Day Celebration Committee atas kejayaan besar menyelenggarakan sambutan ini dengan penuh meriah. Selain daripada pelbagai aktiviti tele-match antara pensyarah dan pelajar yang sengit dan sangat menarik, anda semua juga berjaya mempersembahkan persembahan-persembahan yang menghiburkan dan mencuit hati. (hey bukan senang kita nak menjaki dan mengenakan pensyarah kan? Haa inilah peluangnya! Haha). Jadi, tahniah sekali lagi Cohort 2!!

Hm seperti biasalah tiap-tiap kali pada Hari Guru, banyak ucapan inspirasi yang akan kita dengar. Segalanya bagi meyuntik hati-hati para pendidik serta bakal pendidik ini agar terus ikhlas bersama menabur bakti kepada insan-insan lain. Betul tak? (hehe seperti biasa juga saya sentiasa bosan mendengar ucapan amanat menteri..blerghh). Hm saya terasa sedikit terharu mendengar sajak Dr Hj Seman yang bertajuk ‘Aku Tetap Datang’ yang beliau deklamasikan tadi. Betapa mulianya seorang guru yang benar-benar ikhlas mendidik anak muridnya. Sangat mulia. Jauh di sudut hati saya mendoakan guru-guru seperti ini agar sentiasa dirahmati Tuhan. Bolehkah saya ikhlas seperti itu? Hm entahlah..Anda pula bagaimana? (tiba-tiba teringat sajak-sajak pengorbanan guru ala-ala ‘Guru Ibarat Sebatang Lilin’..)

Saya fikir elok saya berhenti di sini saja. Sakit kepala pula datang ‘melawat’ saya hari ini. aduhaiii.. Kepada anda semua, biarpun secara formalnya anda bukan seorang guru atau bakal guru, tidak mengapa, saya percaya di hati kita semua adalah seorang guru. Jadi, Selamat Hari Guru semua!

Sekian. Love and Peace to all!


P/s: Bukan rela saya untuk menjadi seorang guru pada mulanya. Namun kini saya percaya, ianya ada dalam darah daging saya. Saya tidak mungkin akan menyesal. Terima kasih Abah. =)

Thursday, May 15, 2008

Satu cerita cinta..


Saya mengikuti sebuah cerita cinta. Ceritanya sangat menarik, tetapi terlalu lama dan panjang untuk saya kongsi bersama di sini. Dahulunya saya amat mengagumi cerita cinta ini. Namun sekarang saya sudah terasa tidak puas hati dengan jalan ceritanya.

Pada dasarnya kisah ini berkisarkan tentang seorang lelaki yang buat pertama kali dalam hidupnya dia jatuh cinta. Dia amat setia dan terlalu cintakan kekasih hatinya. Bertuah sungguh wanita itu. Dan mereka berdua bersama dengan bahagianya. Akan tetapi, bagaikan menjadi lumrah kehidupan, sesuatu yang indah pasti akan berakhir. Segalanya telah ditakdirkan Tuhan. Bahagia yang dikongsi itu tidak lama mana, akhirnya cinta itu kecundang juga. Lelaki itu teruk dikecewakan. Kekasihnya berubah haluan cinta kepada cinta yang lain lalu meninggalkan lelaki itu. Sangat kejam. Lelaki itu menderita. Teramat sangat. Namun Tuhan itu Maha Mengasihi dan mendengar rintihan hati yang bersedih. Hari berganti hari lelaki ini kembali ceria dengan hidupnya sendiri dan melupakan segala kisah derita hidupnya. Masa telah mengubati luka hatinya. Dengan berkat doa dan semangat dari keluarga dan sahabat-sahabat, keyakinan dan kegembiraan hidup lelaki ini lahir semula. Banyak perkara yang mengubah hidupnya setelah itu. Inilah hikmah yang Tuhan sembunyikan di sebalik segala ujianNya.

Cerita ini tidak tamat hanya di situ sahaja. Belum ada lagi kesudahannnya. Namun bagi saya babak seterusnya sangat mengecewakan. Menjadikan saya geram dan marah, (terasa nak maki perempuan ini juga ada) bilamana setelah lelaki itu mula terasa bahagia dan ingin memulakan hidup baru, tiba-tiba perempuan itu kembali! Kononnya untuk berbaik semula. (test market lar konon kan..). Akibatnya, lelaki ini jadi keliru. Berkecamuk perasaannya. Antara rasa sayang, kasihan, geram, kecewa,dan dendam terhadap bekas kekasihnya itu. hmm

Benar saya selalu percayakan setiap kisah pasti akan ada ‘Happily Ever After’ pada kesudahannya. Walaupun saya percaya cerita ini pasti akan berkesudahan seperti di atas, namun saya fikir babak cerita cinta ini seperti tidak adil. Ya, tidak adil. Adakah ini adil wahai perempuan, setelah kamu ‘bunuh’ cinta lelaki ini, kemudian kamu mengharapkannya kembali? Adakah ini adil wahai lelaki, setelah kamu hidup bagai raga tak bernyawa, lalu Tuhan tunjukkan sedikit kasih sayangNya maka jiwa kamu pulih, kemudian kamu merelakan dia kembali di hatimu? HAHAH! Ini adalah satu cerita dongeng. Kadang-kadang cerita dongeng seperti ini boleh juga buat saya tergelak sendiri, mengenangkan kehidupan ini tidak ubah seperti sinetron-sinetron di televisyen. (saya bukan peminat sinetron yer.hehe).

Saya pasti ramai yang biasa dengar pepatah poular ini, ‘Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’. Janji anda bijak memilih. (bukan apa, kerana sekarang banyak bunga ‘palsu’ dan kumbang yang dah bertukar selera, tidak suka madu bunga lagi..hehe). Apa yang saya ingin katakan di sini ialah, ada eloknya kita cari sahaja pasangan hidup yang lain. Tiada lagi perasaan serba salah, tiada lagi trauma. Saya fikir ini bukanlah satu hukuman, tetapi satu keadilan. Barangkali tidak salah untuk berbaik semula bagi menjauhi permusuhan, bukankah itu bagus? Tetapi untuk kembali bercinta, hahaha... (saya gelakkan sahaja. tak kuasa nak cakap dah).

Saya sedar pendapat saya ini tidak semestinya betul dan tepat kepada semua orang, dan semua situasi. Ermm barangkali kita harus juga melihat situas ini dari pebagai sudut. Dan oleh itu, tidak patut untuk saya menentukan betul atau salah sekirannya lelaki itu masih menerima semula bekas kekasihnya itu. (look who have we got here~ our Mr NiceGuy~~heh).

Maafkan saya. Saya masih agak pesimis dengan jalan cerita sebegini. Tidak mengapalah jikalau sesetangah merasakan saya bersikap tidak pemaaf dan egoistik, tetapi saya juga punya hak dan kebebasan menyatakan pandangan sendiri seperti orang lain. Entahlah, hanya Tuhan sahaja yang berhak menentukannya bukan? Jadi terserahlah bagaimana anda melihatnya, tepuk dada fikirkanlah secara relevan.

Cukup setakat ini sahaja dulu. Saya harap saya dapat berkongsi lagi jalan cerita seterusnya di masa akan datang. Harap-harap ianya bukanlah satu kisah dongeng tetapi satu cerita cinta yang rumit, ‘bijak’ dan membahagiakan. =)

Sekian. Love and Peace to all!


P/s: Esok adalah sambutan hari guru di Ipba. Happy Teacher’s Day!! Yeay~ =D
(tak sabar nak menyanyikan lagu kami guru Malaysia dengan penuh bersemangat esok~ hehe)

SHE


Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf di sini. Kerana saya kerinduan lagi kali ini. Tidak perlu kasihan atau risau. Saya tidak merasakan rindu itu satu penyakit atau satu masalah, tetapi saya anggap ia adalah satu harga yang saya harus bayar untuk menikmati kebahagian ini dan akan datang. Saya percaya atas kesanggupan ini. Saya percaya akan kesabaran ini. Saya percaya dengan kebahagiaan nanti.

Kepada teman-teman yang sama seperti saya, yang mengharungi hari-hari bersama teman paling akrab yang bernama ‘rindu’, yang melihat langit dengan perasaan bahawa walaupun terpisah jauh, namun kita masih bersama di bawah langit yang satu, janganlah anda merasakan rindu itu sesuatu yang menyakitkan, membebankan dan suatu perkara yang harus diperangi atau dihapuskan. Jangan! Jangan.. Sebaliknya rindu itu amat penting, ianya seperti payung yang melindungi keutuhan sebuah mahligai cinta selain dari kesetiaan dan kejujuran yang menjadi tiang-tiang asasnya. Jadi bergembiralah dengan rindu di hati anda. Dan berdoalah kepada Tuhan selalu.

Dalam melayan kerinduan ini, saya teringatkan salah satu lagu kegemaran saya yang si dia pernah tujukan. Liriknya sangat menarik. Cukup membuatkan saya bahagia mengenang kembali kenangan-kenangan manis bersamanya. (saya benar-benar dilamun cinta saat ini.hehe).

SHE

She may be the face I can’t forget
The trace of pleasure or regret
Maybe my treasure or the price I have to pay
She may be the song that summer sings
Maybe the children autumn brings
Maybe a hundred different things
Within the measure of a day

She may be the beauty or the beast
May be the famine or the feast
May turn each day into a Heaven or a Hell
She may be the mirror of my dreams
A smile reflected in a stream
She may not be what she may seem
Inside her shell

She, who always seems so happy in a crowd
Whose eyes can be so private and so proud
No one’s allowed to see them when they cry
She maybe the love that cannot hope to last
May come to leap from shadows in the past
That I remember till the day I die

She maybe the reason I survive
The why and wherefore kind of life
The one I care for through the rough and ready years

Me, I’ll take your laughter and your tears
And make them all my souvenirs
And when she goes I’ve got to be
The meaning of my life is She.

Wednesday, May 14, 2008

Mawar Berduri


Sepanjang minggu ini kami semua ‘terpaksa’ mengikuti satu kursus wajib yang dinamakan ‘Kursus Intel’. Tiada apa yang menarik tentang kursus ini. Secara peribadinya saya masih tidak nampak dengan jelas kepentingan kursus ini terhadap karier saya di masa hadapan selain daripada untuk memenangi wang sejumlah RM1000 dan sebuah laptop. (yang ini mungkin penting kepada orang lain kot..erm siapa ya? Anda tahu siapa anda). Oleh itu, selamat maju jaya saya ucapkan kepada segelintir yang bertungkus-lumus serta bersemangat waja menyiapkan projek kursus ini dengan cemerlangnya.

Saya dan rakan sekumpulan, cik Mawar Berduri (sememangnya bukan nama sebenar) baru sahaja siap ‘menyetelkan’ segala yang patut untuk projek ini. Sebenarnya kami tidak langsung berminat untuk memenangi pertandingan ini, namun kami berjaya menyiapkan projek ini dengan terlebih awal kerana kami tidak ingin memikirkan tentangnya lagi. Jadi cepat-cepat siapkan agar boleh bersantai selepas ini. hahaha

Apa yang ingin diceritakan di sini ialah, sebenarnya sudah lama saya tidak bekerjasama dengan cik Mawar Berduri ini. Rindu jugalah dalam erti kata lain. Hehe. Selama saya di Victoria University dahulu, dialah teman berakademik saya. Kami selalu bersama-sama menyibukkan diri di perpustakaan mencari bahan-bahan dan berdiskusi untuk assignment. Kami juga sentiasa seangkatan dalam membuat assignment pada saat-saat terakhir. (ONS! Hehe). Selain dari teman berakademik, adakalanya dia juga teman berjoli saya ketika di sana. Masih saya ingat lagi, kami berdua keluar berjalan-jalan pada Hari Krismas 2006. Bandar Wellington sangat-sangat sunyi pada hari itu. Barangkali semua orang duduk di rumah menikmati cuti dan bersama keluarga saja. Dan kami pula, sedang berseronok dan berjoli seperti bandar itu bapak kami yang punya. Hehe =P

Selain itu, ada suatu perkara yang membuatkan saya kagum terhadap teman saya ini. Secara jujur dan ikhlas saya katakan di sini, daripada apa yang dia pernah hadapi suatu ketika dahulu, saya melihat dia sebagai seorang yang berani dan tabah. Banyak perkara saya belajar darinya juga. Salah satunya ialah kerana dia telah membuktikan kepada saya bahawa kita sememangnya boleh melupakan detik-detik hitam dalam hidup kita, jika kita mahu. Memang benar, atas kemahuan dan kesungguhan diri sendiri, serta izin Tuhan (ini paling penting) kita pasti boleh melenyapkan segala kenangan pahit berkisar kesedihan dan keperitan yang pernah muncul dalam hidup kita.

Saya mempercayai hakikat ini. Dahulu saya juga pernah jatuh tersungkur akibat kehilangan ‘sesuatu’ yang saya sangkakan saya tidak boleh hidup tanpanya. Walaupun saya merelakannya, namun ia sangat memberi kesan. Hidup saya berserabut dan hilang arah. Boleh kata penangannya membuatkan saya ‘gila’. Tetapi perlahan-lahan saya juga cuba melupakannya. Atas berkat doa ibubapa dan teman-teman, beserta izinNya juga, saya akhirnya dapat bangun semula tanpa membawa apa-apa ingatan tentangnya lagi. Semuanya terhapus dengan sendirinya. Tiada lagi sedih, tiada lagi benci. Segalanya bagaikan tidak pernah wujud. Syukur Alhamdulillah…

Saya tidak pernah kesal dengan apa yang terjadi kepada diri saya suatu masa dahulu. Kerana saya belajar seribu satu pengajaran daripadanya. Saya percaya, bahawa setiap satu kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya. Hikmah yang sangat besar yang kita sendiri tidak pernah terfikir sebelum ini.

Ini adalah secebis kata-kata penguat semangat daripada teman baik saya yang ingin saya kongsi bersama di sini. =)

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu, tetapi mungkin itulah
yang Dia mahukan kerana Dia tahu
hati yang sebiginilah yang selalunya
lebih lunak dan mudah
untuk akrab dan dekat denganNya.

Sampai di sini sahaja. Mahu berehat-rehat memanjakan diri sebentar. hehe Oh, kepada cik Mawar Berduri, tahniah saya ucapkan kerana saudari kini sudah kembali bahagia. Saya mendoakan agar saudari lebih bahagia dan gembira di masa akan datang. (jangan lupa hantar ‘jemputan’ nanti ya) hehehe..

Tuesday, May 13, 2008

Bolehke terlupe??


Saya agak kebosanan dan kepenatan. Badan panas, kepala berat dan pening-pening. Seluruh badan tidak berfungsi dengan baik. Mungkin saya demam. Huhu.. (bersabar yer cik mass..)

Hm sebentar tadi saya mendapat satu panggilan telefon. Saya tidak kenal nombornya. Lalu saya jawab dan si pemanggilnya berkata begini, “Hello, assalammualaikum..boleh saya cakap dengan cik Aisyah?”. Tanpa saya kenalpasti suara si pemanggil, terus saya menjawab, “oh sorry wrong number” dan serta-merta memutuskan talian. Tiba-tiba nombor yang sama menelefon semula, dan saya angkat lagi. Terkejut saya apabila dipekik si pemanggil malang ini, “Woi mass, apehal ko?! Tak kenal aku ker? Wrong number lak! Aku nih xyz larh!”. Hahaha. kasihan rakan lama saya ini. Sudahlah saya tidak cam suaranya, lebih teruk lagi saya terlupa yang nama kedua saya, ‘Aisyah’. Hadoih…Minta maaf banyak-banyak yer cik xyz..hehe

Bolehkah kita terlupa nama sendiri?? Erm kadang-kadang boleh kot.. Barangkali disebabkan kita hanya selesa dan terbiasa dengan satu nama atau panggilan sahaja. Hm boleh jadi juga. Pada saya, walaupun saya diberikan dua nama, Masitah Aisyah, namun saya hanya selesa dan terbiasa dengan nama pertama sahaja. Saya selalu terlupa nama kedua saya. Hm ini bukanlah kali pertama situasi sebegini terjadi kepada saya, sudah banyak kali sebenarnya.

Bukan saya sengaja untuk melupakan nama ini atau tidak menyukainya, oh tidak sama sekali..cumanya saya kurang biasa. Itu sahaja. (Entahlah. dah terlupa nak buat macamana kan). Erm tetapi ada kemungkinan situasi yang sama pernah berlaku pada orang lain juga. Pernahkah anda mengalaminya? (kalau tidak ada, nampaknya saya seorang sahaja yang ‘pelik’ di sini..huhuhu).

Bila difikir kembali, ada eloknya saya menamakan anak-anak saya dengan nama yang pendek-pedek sahaja. Khuatir akan terjadi perkara sebegini kepada mereka. Huhuhuhu..(berpandangan jauh nampaknya saya ini..heh). Erm mungkin anak saudara saya Maryam Nurul Jannah juga bakal menghadapi masalah yang sama seperti saya nanti. kesiann =P

Aduh semakin teruk rasanya. Saya harus tidur sekarang. Terasa seperti ‘system breakdown’. Harap-harap segera sembuh, jadi tidak perlu ke klinik esok.. huhu (saya tidak suka pada doktor! erghh)

Sekian. Love and Peace.


P/s: Hanya ada seorang sahaja yang boleh menangkap perhatian saya setiap kali dia memanggil dengan nama kedua saya, iaitu ayah saya sendiri. Jangan tanya mengapa, entahlah saya tidak tahu sebabnya.

Monday, May 12, 2008

Saya memilih yang ini


Ini cerita dahulu.

Saya pernah bersahabat. Dan kami pernah rapat. Tetapi sahabat saya ini tidak sukakan sahabat saya yang satu lagi. Harus saya katakan dia membencinya. Saya tersepit. Saya sayang kedua-duanya. Tapi saya tidak juga menyokong kedua-duanya. Saya rimas.

Cerita sekarang.

Saya sudah tidak rapat lagi. Tidak lagi bersahabat. Saya memilih untuk mengambil jalan tengah meninggalkan kedua-duanya. Saya cari jalan neutral yang lebih positif.

Kini saya baik sahaja. Alhamdulillah. Tapi saya tahu saya bersalah. Tidak berusaha menyelesaikan masalah. Sebaliknya saya lari darinya. Kerana saya malas dan tak kuasa. Kerana puncanya sangat remeh.

Biarkan sahaja saya. Saya memilih yang ini. Jalan ini. Cara ini. Dosa ini. Biarkan sahaja saya. Kerana saya tahu Tuhan Maha Mengetahui..

Cerita akan datang.

Saya harap mereka berbaik kembali. Saya harap saya juga akan kembali berbaik dengan mereka. Saya ingin mohon maaf. Saya ingin lupakan semuanya. Kerana hidup ini tidak lama.

Sunday, May 11, 2008

Hari Ibu


Kata mereka, hari ini merupakan antara hari yang paling istimewa. Mengapa ya? Jawapan mereka adalah kerana hari ini merupakan hari untuk meraikan warga yang paling istimewa serta mulia bagi setiap insan iaitu warga IBU. Sempena hari ini adalah hari rasmi mengucapkan terima kasih atas segalanya dan juga betapa sayangnya kita kepada kepada ibu/emak/mama/umi atau apa-apa sahajalah gelarannya, maka saya juga tidak mahu ketinggalan berkongsi kegembiraan untuk mereka pada hari ini. Jadi, sudahkah anda semua menelefon ibu-ibu untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada mereka?? (oh, jangan dilupakan si ibu mertua juga ya..hehe)

Tersenyum dan kagum saya melihat sesetengah orang yang sedang sibuk memilih dan membeli hadiah buat ibu-ibu kesayangan mereka. Bagus sungguh mereka ini. Terutamanya yang lelaki. Saya lebih kagum. Bukan kerana apa, lebih elok bersungguh dan bersemangat membeli hadiah untuk ibu tercinta berbanding hadiah untuk teman wanita tercinta, tak begitu?? hehe.. Saya boleh membayangkan keceriaan di wajah si penerima hadiah-hadiah itu. Sudah pasti mereka sangat seronok dan ceria. Tiba-tiba teringatkan ibu di rumah. Saya membayangkan wajah-wajah gembira dan ceria ibu. Aduhai serta merta ia cukup membuatkan saya ‘homesick’ dan sangat rindu padanya. Sobss..

Tak sabar sungguh untuk pulang ke rumah rasanya. Hadiah untuk ibu sudah lama saya sediakan. Hanya menunggu masa untuk diberikan kepadanya sahaja. Hmm terasa kesal pula tidak mahu pulang ke rumah hujung minggu ini untuk sama-sama meraikan hari istimewa ini. Sudah tentu banyak menu-menu istimewa yang bakal terhidang di atas meja makan di rumah. (huhu..bab ini memang amat dikesalkan) =P

Sebentar tadi saya ada terlihat di televisyen satu rancangan yang berkisarkan tentang ibu-ibu ‘mithali’ yang kononnya berjaya membesarkan dan mendidik anak-anak mereka ke arah kejayaan. Wahh syabas si ibu! Anak anda berjaya mengikut jejak langkah anda dan menjadi seorang penyanyi ya! Alhamdulillah~…dan tahniah juga kepada si ibu yang lagi satu, anda tentunya seorang yang berjaya dan kaya-raya, malah anak anda juga seorang yang berkarier, pandai dan jelita, eh tetapi mengapa anak-beranak ini seperti memakai baju yang tidak cukup kainnya? Hahaha. Saya bergurau sahaja. Mungkin itu yang mereka gelarkan ‘gaya fesyen terkini’. Jadi biarkanlah mereka dengan cara mereka ye tak? Oh, bukan juga maksud saya untuk memandang enteng kepada golongan penyanyi ya. Saya memang tiada isu dengan golongan artis ini. (kenyataan yang mungkin 75% ikhlas)…

Hm walau apapun, tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka ibu-ibu yang berjaya ini. Moga-moga berjaya dunia dan juga akhirat hendaknya. Namun hakikatnya saya lebih berminat melihat ibu-ibu tunggal yang bersabar hidup dibendung kesusahan dan keperitan menyara keluarga dan kehidupan seharian, membanting tulang empat kerat mencari rezeki yang diberkati Tuhan setiap hari demi sesuap nasi untuk keluarganya, membesarkan dan mendidik anak-anak yang ramai dengan cara hidup yang berlandaskan agama, sehingga setiap seorangnya berjaya dalam pelajaran dan kerjaya masing-masing dengan cemerlangnya! (dan yang penting sekali di sini adalah anak-anak mereka berjaya menjadi ‘insan’).

Barangkali saya nampak berat sebelah di sini. Entahlah, saya fikir semuanya bergantung kepada bagaimana cara anda memahami erti ‘berjaya’ itu. Definisi dan pandangan setiap orang mungkin berbeza, bukan? Oleh kerana saya hanyalah manusia biasa yang berpendapat, jadi ia tidak semestinya betul, dan tidak pula wajib salah.
(Saya amat tertarik dengan kata-kata ini: “Saya seorang penulis. Menulis atas nama manusia yang memerhati sambil berfikir. Fikiran manusia tidak sempurna. Jadi tulisan saya juga tidak sempurna. Terimalah seadanya. “..dan mungkin juga saya sudah tertarik dengan penulisnya. Haha)


Sekian. Love and Peace.


P/s: Mungkin ada lebih baiknya jika siaran itu menyiarkan ibu-ibu yang berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin tanah air yang kita hormati dan pastinya yang berjasa pada negara. (jauh lebih baik berbanding dengan artis-artis lar kan…*sah cik mass kita ‘racist’ dengan artis!* haha)

Selamat Hari Ibu!! Kepada semua warga ibu-ibu, ibu-ibu mertua, dan bakal-bakal ibu.. (tak sabar pula nak join warga di atas ini..hehe) =]

Friday, May 9, 2008

have you..?



Have you ever been in love
You could touch the moonlight
When your heart is shooting stars
You're holding heaven in your arms
Have you ever been so in love

Have you ever walked on air
Ever felt like you were dreamin'
When you never thought it could
But it will, it feels that good
Have you ever been so in love

The time I spent
For something that was heaven sent
When you find it, don't let go
I know

Have you ever said a prayer
And found that it was answered
All my hopes have been restored
And I aint looking anymore
Have you ever been so in love, have you

So pleased that you aint leavin'
Somewhere you're gonna stay
When you finally found the meaning
Have you ever felt this way

The time I spent
For something that was heaven sent
When you find it, don't let go
I know

Coz have you ever been so in love, so in love
You could touch the moonlight
You can even reach the stars
Doesn't matter near or far
Have you ever been so in love
'Cause have you ever been in love
Have you ever been in love
in love..



Suka saya meletakkan ayat-ayat cinta ini di sini. Saya bahagia pabila membacanya, mendengarnya, memikirkannya. Saya amat bahagia dengan cinta hati saya. Walaupun dia amat jauh bagaikan bintang di langit (hyperbole sungguh), namun cintanya sentiasa di degupan jantung ini. Ya, setiap kali ia berdegup, saya bersyukur kepadaNya kerana saya tahu cinta ini masih diizinkan untuk terus hidup.



Thursday, May 8, 2008

Destinasi kita


Haha. Saya baru sahaja pulang dari beronggeng! Fiuhh.. tentunya saya amat seronok sekali dan sedikit penat. Tetapi tidak mengapa, asalkan hati ini puas dan bahagia, itu yang paling penting. Saya bersama cik kaseh dan encik mentari sengaja memilih untuk ke Sunway Pyramid hari ini, bukan kerana apa hanya sekadar untuk menukar angin merasa tempat lain pula. Tambah lagi, tempat ini tidaklah sejauh manapun dari kolej kami. Jadi tidak salah mencuba ye tak? Hehe

Sebenarnya apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah betapa saya telah tertarik lalu ‘jatuh cinta’ pada tempat ini. Oh, nanti! Bukan saya seorang sahaja, KAMI bertiga sebenarnya! Hahaha.. Maka, kami telah sebulat suara bersetuju menetapkan bahawa tempat ini sebagai destinasi kegemaran kami pada masa-masa seterusnya. (tidakkah kami sangat ‘passionate’ dalam hal ini?? haha)

Sebenarnya banyak faktor-faktor mengapa kami terlalu berminat dengan tempat ini. Namun saya fikir tidak perlulah saya ceritakan kesemua faktor-faktornya di sini. Ada bagusnya jika anda tinjau dan rasai sendiri keseronokkan tempat ini. (ewahh..hehe) Jadi tidaklah terlalu memenatkan saya bercerita bukan? Heh.. Baiklah, sekarang mari saya senaraikan sedikit sebab-sebab kami bertiga sangat teruja di sini. =P

Pertama: Tempat ini tidak terlalu sesak dengan manusia, cukup selesa untuk berjalan-jalan dengan riang ceria berlagu mesra tanpa perlu berasa rimas jika berlanggar bahu ke bahu dengan sesiapa. (argh, yang ini paling saya benci). Malah anda juga boleh berjalan-jalan sambil menyanyi serta berlapang dada. (wah gembira sungguh nampaknya ya~) hahaha..

Kedua: Tempat parking keretanya sangat sistematik. Dengan adanya sensor lampu hijau/merah untuk menandakan kawasan parking itu kosong atau tidak, lantas ini menjadikan urusan hidup anda jauh lebih MUDAH! Pastilah, anda tidak perlu lagi pusing 10 kali mencari-cari tempat parking ye tak? Lihat dan cari sahaja lampu hijau, pasti anda akan gembira. Oh, tempat parkingnya juga ada menyatakan statistik kekosongan parking di setiap kawasan. Tidakkah ini bagus?? Hehe (macam promoter pula kan)

Ketiga: Ada beberapa restoran yang boleh kami jadikan restoran pilihan hati untuk menghilangkan stress dan berfood-obsesi selepas ini.Hehe.. Maaflah, saya terpaksa merahsiakan sebabnya kerana khuatir ia akan memalukan diri sendiri dan beberapa individu lain. *menahan gelak* =P

Keempat: Di sini juga ada panggung TGV. Jadi bolehlah kita menonton cerita hantu di sini pula yer cik kaseh~ hehehe.. erm Harap-harap di TGV ini, saya masih boleh membeli air yang bersaiz extra extra besar dengan harga hanya RM3. hehehe..

Kelima: Pusat bowling juga ada di sini. Bowling merupakan aktiviti riadah yang ada di dalam planner kami. Selain daripada berenang-renang dan berjogging di UM. Hehehe (ada dalam planner, tetapi tidak tahu tarikhnya. bolehkah begitu?) =P

Keenam: Bakal menjadi satu aktiviti yang paling seronok..Iaitu berkaraoke di RedBox! hahaha.. Kami mempercayai bahawa aktiviti ini sangat berkesan untuk menghilangkan stress dan geram ketika praktikal pada semester hadapan. Bukankah pelajar sekolah zaman sekarang ini ‘baik-baik’ belaka?…hadoihh

Ketujuh: Seperti yang diketahui umum, di sini juga ada tempat meluncur ais. Walaupun kami semua tidak tahu dan mungkin ada yang tidak pernah meluncur ais, kami mesti mencubanya! Caiyok! Caiyok! Teman-teman semua, jangan khuatir sekiranya anda jatuh kerana anda tidak akan jatuh tergolek sendirian. Hahaha =P

Rasanya cukup setakat itu sahaja yang mampu saya ceritakan. Wahh tidak sabar untuk ke sana lagi! Hahaha.. oh, sekarang saya harus mengemas dan menyimpan semula segala bahan akademik seperti buku-buku, nota-nota dan material-material assignment. Mungkin selepas ini saya akan terasa rindu pula untuk menghadiri kuliah lagi..hehe manalah tahu kan.. =P


Sekian, Love and Peace to all~