Memang benar tahun ini merupakan tahun yang amat seronok bagi saya. Pastilah, saya seronok berhibur bersama teman-teman yang hampir 2 tahun kami tidak bertemu. Maka tahun ini dijadikan tempuh yang harus digunakan sebaik mungkin untuk kami semua sebelum masing-masing akan berpisah dan dicampakkan ke serata
Bercakap mengenai berseronok, haaa sekarang saya baru tersedar bahawa terdapat suatu perubahan BESAR telah berlaku pada diri saya! Besar dari segi fizikalnya maksud sebenar saya. Aduhaiii…terkejut besar juga melihat skala pada alat penimbang berat badan saya itu menunjukkan angka yang tidak pernah dicecah selama ini! Apa yang pasti dan sahih di sini adalah alat penimbang itu tidak rosak sama sekali. Oh! Apa sudah jadi dengan badanku?!!!! TIDAK!!! (haa itu lah mass, makan tak ingat dunia lagi!hamek!)
Aduh aduh..Tumbesaran paksi-x yang amat galak nampaknya. Baju-baju dan seluar juga sudah tidak ‘friendly’ lagi untuk dikenakan. Aduhai saya sudah mula kerunsingan. Stress sedikit juga sudah ada. Saya sudah mula terfikir yang bukan-bukan. Oh tidak!! Saya akan pastikan sejarah hitam lama tidak akan berulang lagi. Ianya sangat merbahaya kepada saya malah sesiapa sahaja. Gara-gara ingin mengecilkan saiz itu ini dan mengurangkan berat badan saya hampir-hampir menjadi manusia ‘pelik’. Oh Tuhan, tolong selamatkan diriku..tidak mahu jadi seperti dulu.. huhu..
Haih betapa susahnya nak kembali jadi seperti dulu. Nak merajinkan diri bersenam satu hal, nak mengawal nafsu makan juga satu hal lagi..aduh aduh..cabaran sungguh! Huh! Baiklah, mulai hari ini saya berazam mahu menjaga makan minum dengan baik! Dengan kata lain, harus mula berdiet dan makan dengan berpada-pada sahaja. Kata orang, makan hanya apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Hehe (mari kita
Oh sebelum terlupa, ini adalah peringatan tegas kepada ahli-ahli food-obsesi: Mari mula berdiet dan jom bersenam!!!! Hehe
Sekian. Love and Peace to all!
No comments:
Post a Comment