Thursday, May 8, 2008

BERSYUKUR


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillahhhh… Ya Allah...aku amat bersyukur atas nikmat ketenangan ini wahai Tuhanku!.. fuhh..Lega sungguh rasanya jiwa raga ini. Peperiksaan hari ini sudah tamat, maka dengan itu secara rasminya berakhirlah juga segala sesi akademik kami. Semua orang sangat gembira, dan segera meraikannya. (tak sabar-sabar nampaknya..hehe). Tidak mengapalah, setelah penat berhempas pulas berperang dengan peperiksaan, ada baiknya kita memberi sedikit ganjaran kepada diri sendiri, tak begitu?. Jadi, selamat berseronok dan berjoli ya rakan-rakan. Hehe (saya juga bakal berjoli sebentar lagi, heh)

Sementara menunggu masa, saya fikir ada baiknya saya berkongsi sesuatu di sini. (daripada tidur, lebih baik memblogging kan?hehe). Tiada apa yang hendak dibicarakan, cumanya sekadar berkongsi pengalaman ‘pelik’ menghadapi kertas peperiksaan akhir sebentar tadi. Perasaan ini saya sedari sejak 2 hari yang lalu. Entah mengapa, kali ini saya terasa sangat-sangat cemas dan gemuruh. Bukan sahaja ketika menjawab soalannya, mengulangkaji nota-notanya sudah cukup membuatkan saya menangis sepanjang malam. (selain dari hakikat yang saya ini memang mudah menangis lar kan..)

Kenapa perasaan pelik ini tiba-tiba ada? Musykil sungguh. Tidak pernah sama sekali ia muncul dalam hidup saya sebelum ini. Biarpun pernah satu ketika dahulu saya sedikitpun tidak mengulangkaji untuk peperiksaan, namun tidak pula wujud perasaan sebegini. Tetapi kali ini, hm Tuhan sahaja yang mengetahui betapa risaunya saya. Ke mana entah hilangnya ‘rilexness’ dan ‘coolness’ untuk menghadapi peperiksaan selama ini. Saya dengan rendah diri mengaku bahawa saya telah menangis sepuas-puasnya malam tadi. Saya tidak dapat tidur. Saya sangat cuak!!

Saya ada bertanya kepada teman-teman rapat saya, “kalo aku fail, korang kawan ngan aku lagi tak??” Haha bunyinya seperti sangatlah tidak matang bukan? Tetapi sebenarnya saya benar-benar memaksudkannya. Alangkah bertambah hancur hati sekiranya teman-teman sekeliling hilang ketika kita dalam kesusahan atau kegagalan. Saya bertambah sedih mengenangkan itu. Saya sedar saya sangat-sangat tidak bersedia untuk peperiksaan ini. Apa yang saya cuba baca dan hafal, semuanya melayang entah ke mana pergi. Saya sudah hilang harapan. Saya sudah putus asa.

Tiba masa di dalam dewan peperiksaan pula, aduhh saya terasa lemah selemahnya. Rasa seperti nak muntah, nak pengsan, nak meraung juga ada. Saya melihat kertas soalan di atas meja, saya tertekan. Mahu sahaja saya koyakkan kertas itu dan terus keluar dari dewan tersebut. Madam Skema eh, Prema sudahpun memberi kebenaran untuk mula menulis. Ya ALLAH!! tangan aku menggeletar pulak! Apehal aku nih?!! Memang terasa nak menangis, geram pun ada. Rasa bagaikan nak hempas saja meja dan mengamuk. (ape salah meja tuh ye? Kesian meja..) Hm pasti saya akan dicop ‘GILA’ selepas itu. Kenapa aku jadi begini ya Tuhan…tolong…tolong…

Segala doa dalam ingatan ini saya telah baca. Alhamdulillah..alhamdulillah selepas itu saya tenang kembali. Bersyukur sangat kerana mampu berfikir dan memberi tumpuan semula. Hm walaupun agak kalut dan tergopoh-gapah menjawab, akhirnya sempat juga saya siapkan apa yang patut. Betul atau tidak itu terserahlah padaNya. Saya sudah mencuba sedaya-upaya yang termampu. Aduhh..mohon maaf juga kepada encik/puan pemeriksa kertas saya, diakui tulisan saya adalah jauh lebih teruk dari cakap ayam. Hehe. (urat tangan seperti kejang, tak larat menulis)

Namun apa yang terjadi adalah satu pengalaman penting bagi saya. Sekali lagi saya bersyukur segalanya telah di penghujungnya. Saya juga akan mengingati peperiksaan ini sampai bila-bila. Ya, kerana peperiksaan Curriculum Studies inilah yang nyaris-nyaris merosakkan mental saya! Hm barangkali juga ini merupakan satu pengajaran hidup kepada saya agar tidak lagi mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan assignment secara ‘ONS’. hahaha (ini adalah terma khas yang diberikan oleh Jarod Koko) =P. Eh, tetapi bukankah ia sudah terlambat untuk saya? Kerana saya sudah pun tamat pengajian. Dan selepas ini sudah tiada lagi peperiksaan ataupun assignment. Benar bukan? (Hehe masih lagi dalam denial tuh! Hampeh..)

Okaylah. Sudah tiba masa. Saya mahu beronggeng dahulu ya~

Sekian. Love and Peace to all!


P/s: Anda ingin tahu apa itu ONS? hehe...

Tuesday, May 6, 2008

Penyakit yang jarang-jarang


Atas nama cinta yang mana saya percaya dimiliki oleh setiap insan di muka bumi ini, maka izinkan kali ini untuk saya meluah sedikit rasa hati yang sudah terlalu lama terbuku. Bukan niat saya untuk mengungkit kisah silam yang teruk meranapkan kekuatan diri, tetapi kerana kesannya yang amat memakan jiwa sehingga ke saat ini. Saya sudah tidak mampu lagi. Saya sudah tidak berdaya lagi. Adakalanya ia mampu merubah saya dari seorang yang gembira dan penuh ceria kepada seorang yang amat marah, geram, benci, dan penuh dendam. Semua ini angkara cinta lama yang tidak pernah mahu pergi jauh, tidak mahu lenyap, tidak mahu berundur, tidak mahu berambus dari hidup saya.

Bukan maksud saya bahawa cinta lama itu masih saya harapkan, oh TIDAK sama sekali. Jauh sekali untuk itu. Bolehkah mati hidup semula? Ianya sudah pasti mustahil. Dan saya tidak akan mempercayai keajaiban untuk perkara sebegini lagi. Sama sekali tidak. Hanya dongeng semata bagi saya. Namun mengapa mesti semua ini masih wujud? dan kadang-kadang mengganggu hidup kita? dan mengganggu bahagia baru yang sedang kita nikmati. Mengapa?? Bukankah sepatutnya perkara lama seperti ini elok dilupakan dan diabaikan sahaja?

Saya sungguh tidak faham. Langsung tak mengerti ke mana hala arahnya. Terlalu banyak kemungkinan untuk mengenalpasti sebab musababnya. Memikirkan hal ini cukup mampu melenyapkan mood saya seharian dan menjejaskan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran hidup saya. Sering saya bersungguh-sungguh cuba mengelakkan semua ini. Membutakan mata, mentulikan telinga. Saya tidak mahu lagi ia muncul dalam hidup saya, tidak mahu ia datang semula, jauh sekali untuk mengingati kembali kisah-kisah lama itu! Malangya ia tetap muncul dan datang kembali tanpa rela saya. Tanpa saya dapat mengelak walaupun saya telah sedaya upaya mencubanya. Hm tidakkah anda juga tertekan jika berada di tempat saya?

Adakalanya saya menjadi tidak tentu arah kerana tertekan. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja saya maki dan menyumpah seranah si kisah lama ini. Berani mengacau kehidupan saya lagi hah! dah tak ada kerja lain ker?! hm tetapi saya sedar ianya tidak akan membantu menyelesaikan masalah ini, malah hanya lebih mengeruhkan keadaan sahaja. Mungkin ia memerlukan sikap yang lebih relevan dan professional di sini (sumpah saya rasa ini sangat berat!). Atau ia memerlukan lebih masa untuk bersabar agar perkara lenyap dimakan masa (nampaknya saya lebih memilih yang ini). Hm entahlah..saya tidak pasti. Pernah ada seorang rakan memberi cadangan untuk bersemuka dengan si kisah lama ini dan selesaikan segalanya. HAHA, cadangan yang paling tidak masuk akal bagi saya. Anda yang saya saya gelarkan si kisah lama ini, kamu adalah manusia terakhir di dalam dunia ini yang saya mahu bersemuka! (sifat keras hati ini sentiasa ada dalam darah daging saya).

Hm tetapi saya tahu, kebiasaannya perasaan ini akan reda dengan sendirinya, tanpa saya sedari, bersama air mata yang saya bazirkan. Hm terasa sangat bodoh pula, kerana membazirkan air mata untuk perkara sebegini. Cukuplah saja setakat ini. Apa yang pasti adalah ‘penyakit’ ini hanya jarang-jarang, namun apabila ia menyerang, akibatnya saya di tahap kritikal. Hampir 5 tahun penyakit ini menghantui hidup saya. Akhir kata, tolonglah bantu doa untuk saya.

Sekian.



P/s: Secara amnya hidup saya kini sangat bahagia bersama orang-orang tersayang di sekeliling saya dan cinta hati di Christchurch, cumanya atas dasar lumrah kehidupan, adakalanya kita diuji olehNya juga. InsyaAllah saya baik-baik saja. =)

Monday, May 5, 2008

tidakkah kau pressure?


Tajuk tulisan kali ini saya tiru daripada salah satu entri dalam blog Nisa.
(hehe.i love u nisa..) erm seperti Nisa juga, saya tahu saya MESTI mengulangkaji pelajaran ketika ini. Akan tetapi, mata saya sedang melihat skrin komputer, jauh terpesong daripada nota-nota bacaan untuk peperiksaan di tepi meja ini. aduhai.. Peperiksaan akhir hanya tinggal 2 hari sahaja lagi, saya masih tidak habis membaca walaupun separuh! Mungkin masih menunggu ‘panic attack’ yang tak muncul-muncul lagi..haihh.. (mengeluh panjang)

Bila nak insaf ni cik mass oi? Berazam nak habis mentelaah nota bukan main lagi dari malam tadi, tengok-tengok tak berganjak juga notanya. Kononnya untuk peperiksaan terakhir ini saya mahu buat sedikit kelainan dan menunjukkan sedikit keinsafan. Hahaha nampaknya hangat-hangat nenene sahaja~ =P Haihh apa nak jadi dengan anak pakcik Hamzah seorang nih..kalaulah ada seseorang yang boleh merotan saya untuk terus mengulangkaji, alangkah bagusnya. Mungkin saya akan lebih progresif dan serius belajar. (mungkin kot, entahlah berkesan atau tidak kan.hehe). Oh, barangkali juga saya memerlukan seseorang di Christchurch untuk membebel sepanjang masa supaya saya merasa tertekan dan terus berusaha membaca! Haha bolehkah begitu? boleh cuba nih..hehe

Hm kagum saya pada orang-orang yang sudah mula mengulangkaji pelajaran seminggu atau sebulan lebih awal ini. Bukan apa, kerana sememangnya itu adalah sesuatu yang sangat luar biasa bagi saya. Luar biasa kerana saya tidak pernah mengulangkaji sehari lebih awal dari tarikh peperiksaan. Ya, seumur hidup saya langsung tidak pernah. Biar PMR, SPM atau apa jua ujian dan peperiksaan yang pernah saya duduki. Sehari lebih awal untuk menyelak semula nota-nota akademik bagi saya sudah cukup awal. Adoih gilakah saya? Ya mungkin saya gila. Dan saya tidak pernah berasa risau dengan kegilaan ini. huhuhu

Oleh kerana itulah, saya juga tidak pernah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan. Haha, maka gelak sahajalah. Sudah usahanya lebih kurang, maka keputusannya pun lebih kurang jugalah, ye tak? Hehe. Kata orang, ‘everything comes with a price’. Banyak usaha yang kita letak, besarlah ganjarannya. Mudahkan hidup ini sebenarnya? Hm tetapi apa pula cerita orang yang tidak berapa sangat mengulangkaji, tetapi keputusan peperiksaannya hebat! Wahh.. Apakah mereka ini genius? Atau cuma bernasib baik? mungkin kedua-duanya kot.. Dan tidak lupa juga golongan yang telah bertungkus-lumus mentelaah nota dan membuat latihan tambahan, tetapi akhirnya keputusan mereka tidak seberapa juga. Kasihan bukan? Hm mungkin mereka tidak bernasib baik. Tiada rezeki kata orang.. Apa yang paling penting, tiada sesuatu dalam kehidupan ini yang boleh kita duga kejadiannya. Terserahlah kepada Pencipta di atas.

Entahlah, saya ini jenis yang tidak pernah belajar dari kesilapan-kesilapan dahulu. Setiap kali menduduki peperiksaan, inilah yang terjadi. Inilah kebiasaannya. Saya meleret dan membuang masa ke sana ke sini. Ke mana perginya motivasi belajar saya ya? mengapa saya jadi begini? Hmm geram pula difikirkannya. Mungkin saya tidak berminat dengan penilaian secara peperiksaan. Mungkin inilah jawapan yang lebih dekat dengan tepat.

Walau apapun, peperiksaan di hari lusa ini wajib diduduki demi masa depan saya. Jadi terpaksalah juga saya meringankan tulang mengulangkaji nota-nota. Nak buat macam mana? Kalaulah ayah saya Perdana Menteri sekarang, mahu juga saya meminta ayah membubarkan segala jenis peperiksaan yang ada di Malaysia ini. hahaha. baru syiok! =P

Sekian. Love and Peace to all.




P/s: Saya sangat tertekan dan stress ketika ini. Semuanya angkara peperiksaan. huhuhu. Saya benci peperiksaan!! Saya anti peperiksaan!! erghh

Sunday, May 4, 2008

New Zealand

Secebis memori di New Zealand =)


Sudah hampir setengah tahun lamanya saya kembali ke tanah air. Setelah hampir 2 tahun saya di New Zealand, berjauhan dengan keluarga tercinta dan sahabat-sahabat karib kesayangan. Bermacam-macam pengalaman hidup telah saya kutip agar dapat menghiasi ruang kenangan nostalgia hati ini. Hakikatnya kehidupan saya dalam tempoh pendek yang cuma 2 tahun itu hanya penuh berisikan kerinduan. Tiada apa yang saya pernah minta selain daripada ingin kembali semula ke Malaysia; untuk pulang ke pangkuan keluarga, pangkuan bahagia yang saya sering mimpikan dan tangiskan.

Saya sering ‘homesick’ di sana. Entahlah mengapa, hm mungkin manja. (adoih terpaksa mengaku juge) Alhamdulillah, mujur Tuhan telah memberi sedikit kasih sayangNya dengan munculnya pengubat air mata saya di Christchurch, sekurang-kurangnya dapat menyenangkan hati ini serta menggembirakan hari-hari saya di sana. Terima kasih awak. (terasa sebak pula).. sobs

Saya tidak pernah nafikan, sememangnya saya seronok tinggal di negara asing itu, dengan pemandangan cantiknya (Malaysia juga tidak kalah cantiknya ya), cuacanya, penduduknya, cara hidupnya dan banyak lagilah. Segalanya cukup menambat hati dan keinginan sesetengah orang untuk terus menetap di sana. Tetapi tidak bagi saya yang lemah ini. Walau bagaimanapun, dalam menikmati keseronokkan itu saya tetap sentiasa ingin pulang secepat mungkin. Tabik hormat saya kepada mana-mana rakan yang tidak pernah ataupun tidak selalu ‘homesick’ ketika di sana, anda sememangnya sangat tough! Cayalah! hehe

Ketika masih di sana, tidak pernah pula terlintas di fikiran yang mana saya mungkin akan merindui semula kehidupan di New Zealand ini setelah kembali ke tanah air nanti. Memang, tidak langsung saya pernah terfikir akan semua ini. Namun hakikatnya berubah. Daripada tiada rasa apa-apa, kini bertukar menjadi rindu pula. Ya memang benar, adakalanya saya sangat merindui New Zealand. Saya rindu akan kenangan-kenangan dan pengalaman hidup ketika di sana. Antara perkara-perkara yang saya rindu…

-Bilik lama saya (walaupun kecil, saya amat selesa sekali mengurungkan diri di dalamnya. Oh rindu pada meja belajar, set tv dan dvd juga!)

-apartment lama (apartment 77 stafford house. Rindu bermain masak-masak dengan dek zatil lagi, dan mengemas rumah serta mencuci bilik mandi ketika stress)

-kampus Kelburn (rindu pada bas ke uni, pemandunya yang ramah, chips di café uni dan pensyarah-pensyarah yang best)

-tempat kerja (inilah tempat saya melupakan ‘homesick’ dan meng-isolate-kan diri..heh. oh di sini juga saya belajar sepatah dua bahasa kesat samoa. (tanpa saya rela) Hahaha)

-supermarket kegemaran (pak n save! Rindu mahu mengusung beg troli selepas membeli-belah bersama dek zatil lagi.Haha.. *burok perangai*)

-tempat bershopping (lambton quay tempatnya. Sobss sedih kerana terlalu boros semasa di sana. huhu)

-rakan-rakan di sana (termasuk juga orang-orang Malaysia yang masih di sana. Lekas pulang dek zatil!!)

-restoran kegemaran (no. 39 di Dixon street. ha cuba teka namanya! Rindu pada mee gorengnya juga. Paling sedap di dunia! hehe)

-minuman kegemaran saya (Lnp tetap hatiku!!sehingga kini saya masih tidak tahu apa erti Lnp itu. Hanya tahu minum sahaja.)

-butter chicken di Indian Express. (hm saya tidak tahu apakah jenis masakan ini sebenarnya. Katanya kari, tapi macam bukan. Mungkin masak tomato. Entahlah saya malas fikir, janji sedap saya makan aje)

-The Terrace (jalan ini saya lalui setiap hari sepanjang hampir 2 tahun. Bosan juga dahulu, tetapi sekarang saya rindu)

-angin di Wellington (angin yang sangat kuat. Hm saya masih ingat, nyaris-nyaris saya dilanggar kereta akibat ditolak angin. Saya yang ternyata amat ‘berat’ ini boleh terhuyung-hayang dibuatnya. Hebat bukan?)

-kedai sewa dvd yang sering dikunjungi. (saya kesal tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada abang-abang staff yang agak kacak di situ sebelum pulang. Hehe)

Aduh banyak lagi sebenarnya. Tetapi penat kot nak tulis semuanya. Hm walau apapun yang saya rasakan sekarang, saya tetap lega, berpuas hati dan bahagia dapat pulang semula ke tanah air. Seperti kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Saya setuju dengan kata-kata ini.(patriotik lar kejap kan..hehe). Namun, biasalah lumrah manusia di mana kita sering merasa kesal dan kecewa setelah kehilangan sesuatu yang kita tidak pernah hargai. Saya juga tidak terkecuali daripada hal ini. Kesal kerana tidak pernah menghargai dan menilai hari-hari yang saya tempuhi di sana biarpun hanya sekejap.

Tidak mengapalah, Tuhan itu Maha mengetahui segala buruk baik perkara, sekurang-kurangnya saya masih ingat satu atau dua kenangan di sana. Anda yang seperti saya, tak mengapa sekiranya anda rindu, itu tandanya anda masih mengingati dan ia masih dekat di hati. Kepada anda yang masih di luar negara, hargailah apa jua yang anda lakukan di sana, biarpun hanya lepak dan makan chips di uni, kerana detik itu mungkin akan terimbas kembali suatu hari nanti setelah anda pulang ke tanah air, dan anda akan merinduinya.

Sekian. Love and Peace.


P/s: Saya menulis entri ini kerana teringatkan pengalaman ketika saya sedang kusut dan stress mengulangkaji untuk peperiksaan di sana. Ternyata, detik-detik itu tidak akan berulang lagi. Saya rindu.

oh lagi satu, awak yang sudah hampir 4 tahun di Christchurch pasti sudah jemu dan tidak sabar mahu pulang bukan? hehehe segera balik ye~ saya menunggu dengan penuh 'geram' di sini. hehe =P

Saturday, May 3, 2008

Sesal kemudian


Memang benar tahun ini merupakan tahun yang amat seronok bagi saya. Pastilah, saya seronok berhibur bersama teman-teman yang hampir 2 tahun kami tidak bertemu. Maka tahun ini dijadikan tempuh yang harus digunakan sebaik mungkin untuk kami semua sebelum masing-masing akan berpisah dan dicampakkan ke serata Malaysia awal tahun hadapan. Sobs.. pasti saya amat merindui kamu semua wahai bintang-bintang hatiku!

Bercakap mengenai berseronok, haaa sekarang saya baru tersedar bahawa terdapat suatu perubahan BESAR telah berlaku pada diri saya! Besar dari segi fizikalnya maksud sebenar saya. Aduhaiii…terkejut besar juga melihat skala pada alat penimbang berat badan saya itu menunjukkan angka yang tidak pernah dicecah selama ini! Apa yang pasti dan sahih di sini adalah alat penimbang itu tidak rosak sama sekali. Oh! Apa sudah jadi dengan badanku?!!!! TIDAK!!! (haa itu lah mass, makan tak ingat dunia lagi!hamek!)

Aduh aduh..Tumbesaran paksi-x yang amat galak nampaknya. Baju-baju dan seluar juga sudah tidak ‘friendly’ lagi untuk dikenakan. Aduhai saya sudah mula kerunsingan. Stress sedikit juga sudah ada. Saya sudah mula terfikir yang bukan-bukan. Oh tidak!! Saya akan pastikan sejarah hitam lama tidak akan berulang lagi. Ianya sangat merbahaya kepada saya malah sesiapa sahaja. Gara-gara ingin mengecilkan saiz itu ini dan mengurangkan berat badan saya hampir-hampir menjadi manusia ‘pelik’. Oh Tuhan, tolong selamatkan diriku..tidak mahu jadi seperti dulu.. huhu..

Haih betapa susahnya nak kembali jadi seperti dulu. Nak merajinkan diri bersenam satu hal, nak mengawal nafsu makan juga satu hal lagi..aduh aduh..cabaran sungguh! Huh! Baiklah, mulai hari ini saya berazam mahu menjaga makan minum dengan baik! Dengan kata lain, harus mula berdiet dan makan dengan berpada-pada sahaja. Kata orang, makan hanya apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Hehe (mari kita cuba yang ini dahulu ya). Dan kini saya juga WAJIB mengurangkan berat badan dan harus rajin mengaktifkan diri di gymnasium dan kolam renang UM! Hiyosshhh!!!! (bersemangat waja nampaknya. Hehe..Bukan kerana apa, untuk bulan sembilan tahun hadapan sebenarnya~ insyaAllah..hehehehe *wink* )

Oh sebelum terlupa, ini adalah peringatan tegas kepada ahli-ahli food-obsesi: Mari mula berdiet dan jom bersenam!!!! Hehe

Sekian. Love and Peace to all!


Friday, May 2, 2008

yang sengal di hatiku


Baru-baru ini ada sesi dialog antara pelajar dengan coordinator cohort 2. Segala isu terkini, sensasi, malah sengal telah diutarakan. Riuh rendah makanya dewan kuliah tersebut. Tidak kurang hebat juga ya encik Wow kita mengutarakan ketidakpuasan hati beliau berkenaan hostel Ipba ini. haihh.. kalau dah tak suka itu ini, duduk sajalah di luar. Pasti hidup anda jauh lebih bahagia. Jujur dan tegas saya mengatakan bahawa saya amat menyampah setiap kali dia bersuara.

Sementara itu banyak lagi hal-hal yang berkaitan peraturan-peraturan Ipba yang dipercayai oleh ‘segelintir orang’ bahawa ianya tidak relevan. Tidak relevan? Wahh wahh wahh hebatnya anda bersuara ya. Namun saya berpendapat ini adalah perkara biasa, sesetengah orang yang baru pulang dari luar negara kebiasaannya akan berfikiran ‘terlebih luas’ dan lantang menyuarakan pendapat. Apakah ini perubahan yang bagus? Hmm entahlah, saya tidak pasti. Apa yang penting, biarlah kita berfikiran luas dan lantang bersuara BETUL pada tempatnya. Tak begitu? (encik wow, adakah anda betul?)

Pada dasarnya entri ini merupakan luahan rasa yang kurang senang dengan segelintir orang yang saya sebut di atas tadi (termasuklah encik wow kita yer). Dalam ertikata lain tulisan kali ini adalah luahan rasa meluat, meloye, geram, nak cubit (kegemaran fariza dan ainee nih), nak maki (ini pula kegemaran saya dan nisa) dan banyak lagi. Huhhh nampaknya saya sudah mula terasa emo.

Saya percaya bukan hanya saya seorang diri sahaja yang merasakan perasan sebegini, malah hakikatnya hampir lebih daripada separuh komuniti cohort 2 juga begitu (bab ini saya amat yakin!). Kenapa ya? Apa yang golongan ‘segelintir’ ini telah lakukan? Tak perlu saya terangkan semua itu, kerana saya tak kuasa dan malas. Yang pasti disini, saya percaya mereka ini telah lupa banyak perkara, berlagak bagus dan selalu berkelakuan yang boleh mengundang pelempang! Nampaknya saya memang sudah keemoan. Harap maaf.

Banyak yang saya tidak faham dalam hal ini. Mengapa kalian semua sudah berubah sehingga ke tahap itu? Mengapa? Mengapa?! Apakah kalian fikir hanya kalian sahaja yang pernah belajar di luar negara? seperti kami semua tidak pernah tahu keadaan sebenar negara-negara asing itu? Apa yang kalian mahu tonjolkan dan buktikan kepada kami semua sebenarnya? Kelainan dan ‘kehebatan’ sebegitukah?? Apakah kalian masih tidak sedar bahawa kalian sudah pulang ke tanah air?? Kenapa perlu dibawa balik segala macam ‘penyakit’ luar negara itu?? Kenapa?! (arghh saya sudah tensi)

Sekiranya boleh ditempik dan dipekik di hadapan setiap satu muka-muka mereka ini, supaya menjadi lebih relevan dan sesuai dengan kehidupan masyarakat kita, alangkah bagusnya!! Malangnya saya Cuma dapat meluahkan rasa di blog ini sahaja. Lagipun saya tidak yakin itu adalah cara yang betul. Tidak perlu agresif, pasti ada cara yang lebih berhemah. (saya bukan pengecut, jika perlu saya berbuat seperti di atas, saya hanya patut menunggu waktu yang sesuai)

Entahlah..entahlah..nak diabaikan, aduhhh sakit sungguh mata melihat dan telinga mendengar. Kalian yang saya maksudkan di atas, benar anda berhak melakukan apa sahaja di atas muka bumi ini. Saya mengatakan ini atas nama hak kebebasan individu. Tetapi fikirkanlah, segala yang kalian telah atau sedang lakukan itu sama sekali tidak sihat dan tidak mendatangkan sebarang faedah kepada sesiapapun. Malah amat merosakkan rohani dan jasmani. Dan yang paling penting, menjejaskan masyarakat, negara dan agama! Astaghfirullahh….

Aduhh boleh katakan saya terlebih ambil berat pula hal ini. Bukan kerana apa, teringatkan kata-kata ibu kepada teman baik saya yang mengatakan hal ini merupakan ‘penyakit ummat’, jadi wajib diambil berat. Serius benar bunyinya kan? Sepatutnya begitu. Sampai di sini saja. Mohon maaf atas segala kekasaran yang anda kenalpasti di sini. Saya bukanlah gadis lemah lembut dan ‘demure’.

Sekian.


P/s: encik wow! diberi gelaran kerana setiap kali saya terlihat dia, pasti saya akan merasa ‘wow!busuk giler!’ atau ‘wow!poyo bapak!’ atau ‘wow!buruk nak mati!’ atau ‘wow!bajet best ke ape!’ atau banyak lagilah bergantung kepada apa yang dilakukannya ketika itu. Hahaha

Thursday, May 1, 2008

Bersantai~


ALHAMDULILLAH..syukur semuanya telah berakhir. Maksud saya segala assignment telah disiapkan dengan paksa-rela dan telah selamat dihantarkan ke pejabat. Fuhhhhh…lega sungguh rasanya hati ini. Rasa bahagia dan aman damai sekali. Wahh~ Selamat tinggal wahai assignment! Sesungguhnya saya tidak mahu kita bertemu lagi. Hahaha.

Oh, saya sebenarnya belum lagi betul-betul bebas merdeka dari segala aspek akademik. Aduhaii peperiksaan final sedang menanti pada minggu hadapan (benci!!). Tetapi tidak mengapa, hanya ada dua kertas peperiksaan yang harus diperangi. Oleh demikian, buat masa ini saya mesti merehatkan minda serta menjauhkan diri daripada sebarang unsur-unsur akademik, dan seharusnya saya menghiburkan hati dan bersantai~~ oh nikmatnya! =)

Menulis blog bukan berakademik kan? Haha. Jadi marilah bersantai sambil memblogging.

Malam semalam saya dan teman-teman ‘terpaksa’ makan malam di McDonalds Midvalley. Alasan untuk ‘terpaksa’ ini adalah kerana kami mahu menggunakan kupon-kupon percuma McD, makanya kami terpaksalah makan di situ. Boleh diterimakah alasan begitu? Saya rasa boleh. Hehe.

Bersama-sama kami pada malam itu juga ialah saudari Anna Kournikova (Ya, ini bukanlah namanya yang sebenar). Dia merupakan bekas housemate saya dahulu sebelum kami semua ke luar negara. Sama seperti cik Nisa dan cik Nisha juga (ini pula adalah nama sebenar). Sambil kami makan-makan dan minum-minum dengan seronoknya, terimbas pula kenangan-kenangan ‘masam manis’ semasa tinggal kami serumah dahulu bersama 7 orang yang lain.

Masih segar diingatan saya, 105B ialah nombor rumah kami. Rumah ini juga telah disenaraihitamkan oleh jabatan HEP kolej. Tidakkah anda ingin tahu kenapa HEP berbuat sedemikian?? Sebenarnya mereka memang jahat. Haha. (saya hanya bergurau) Alasan mereka berbuat begitu adalah kerana rumah kami telah membawa masuk dan menyimpan banyak BARANG LARANGAN. Hahaha. (bunyinya seperti satu jenayah besar!). Pada hakikatnya, tiada apapun barang larangan yang kami bawa masuk ke rumah, cumanya rumah kami penuh dengan perkakas-perkakas dan perabut yang lengkap bagaikan rumah sebenar! Siap dengan set meja makan, permaidani, peti ais dua tingkat, mesin membasuh, microwave, pengisar elektrik, hotplate, periuk nasi elektrik (ada 2), mesin pembuat kopi, cerek elektrik (ada 3), pembakar roti elektrik, dan tak lupa juga yang paling penting, televisyen dan pemain video! (Tak perlu tahu di mana kami dapat kesemua barang-barang ini. Yang pasti kami tidak curi). =)

Apakah pendapat anda? Tidakkah anda semua inginkan hostel yang selesa dan sangat ‘heaven’ sebegini? Pastilah jawapannya ya! Dan kerana itulah kami serumah dikecam hebat oleh pihak HEP (erm mungkin mereka cemburu kami hidup sangat selesa..hehe). Mereka telah beberapa kali memberi amaran supaya kami menghantar pulang semua perkakas dan perabut rumah, tetapi kami hanya buat tidak endah sahaja. (Bolayan!Hahaha).

Pernah satu ketika Tuan Pengarah Ipba, bersama timbalannya serta warden-warden dan staff lain datang ke rumah untuk melihat-lihat keadaan rumah kami. Tuan Pengarah tidak sedikit pun marah, malah duduk dengan selesanya di meja makan sambil berbual-bual dengan kami. Dia siap bertanya ,”dapat jelas ke rancangan tv kat sini?” sambil menunjuk ke arah tv (tidakkah Dr Sofi sangat cool?? hehe). Walau bagaimanapun, ‘lawatan’ mereka tidak berjaya mengubah pendirian kami untuk terus menggunakan perkakas dan perabut di rumah itu. (nampak sangat kami sangat degil bukan?) =P

Namun begitu, setelah rumah kami menjadi sasaran HEP selama hampir satu semester, kami akhirnya akur kepada mereka dan bersetuju untuk mengeluarkan kesemua peralatan rumah kami itu (bukan kerana apa, tidak mahu bergaduh dengan HEP terlalu lama). Hehe.

Seronok sebenarnya bila teringati kembali betapa seronoknya kami tinggal di rumah ketika itu. Terlalu banyak kenangan di minda saya sekarang yang nak dikongsi bersama. Antaranya…

- Cik Nisha yang selalu sibuk di pagi hari menyediakan breakfast yang sangat lazat seperti sosej, telur dan baked beans (untuk dia seorang saja lar).

- Peti ais kami yang sentiasa penuh dengan segala macam makanan. Sebut saja kami pasti ada. Haha.

- Makanan kami yang adakalanya hilang tidak diketahui di mana (beser tuh sape yang amek!)

- Orang-orang yang sering datang meminjam microwave dan mesin membasuh kami.

- Dapur kami yang penuh dengan peralatan memasak, pinggan mangkuk, serta lengkap dengan segala rempah ratus.

- Kami yang selalu menonton cerita-cerita hantu pada malam sabtu (Saturday Night Horror kami panggil).

- Kami yang kadang-kadang bergotong-royong memasak makanan dan makan bersama-sama. (di sini kami menunjuk bakat-bakat seperti chef, tukang kerat, tukang kupas, tukang basuh, tukang goring dan sebagainya).

- Kami yang selalu melepak di meja makan sambil bercerita dan bergossip. hehe ini perkara biasa bukan?

- Kami yang selalu baring-baring dan berbual-bual di atas permaidani sehingga tertidur (ini kegemaran saya).

Dan banyak lagi..oh amat banyak! Terasa rindu pula pada masa lalu. Sungguh rindu! Itu belum termasuk kisah-kisah ketika mengangkut dan memindahkan barang-barang. Hahaha! Tak sanggup nak diceritakan di sini, saya khuatir ia akan memalukan sesetengah individu (kuikui). =P

Wah banyak sungguh saya merapu di sini ya. Hehe. Cukuplah setakat ini saja rasanya. InsyaAllah jikalau ada masa, teringin nak menulis tentang ‘common room’ pula. Hahaha. Ini adalah satu lagi perkara gila pernah saya dan teman-teman lakukan dahulu. Sesungguhnya, ikhlas saya mengaku di sini bahawa saya dan teman-teman yang terlibat adalah BUKAN pelajar yang selalu patuh dan akur dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan di Ipba ini. Kami bukan skema. hehehe.

Sekian. Love and Peace to all.