Wednesday, September 24, 2008

Terkejut!


Hehe..tajuk entri kali ini sengaja saya tiru daripada seseorang. Saya yakin dia tidak akan berkata apa, kerana dia sayang saya. hahaha.. Oh, maafkan saya. Izinkan saya ‘membajetkan diri’ sekejap. Sekali sekala bajet tak mengapa kan.. Kuikui.. (abaikan perenggan ini, saya hanya merepek semata..) =P

Terus serius kepada apa yang ingin dibicarakan ya. Hmm baru-baru ini saya terkejut. Maka sebab itulah tajuk entri ini begitu. Saya terkejut dengan pemikiran segelintir individu di sekeliling saya. Saya tidak berani mengatakan ianya salah atau betul kerana saya tidak pasti. Namun, ia terpulang kepada individu yang menilai. Erm insidennya begini....


(cikgu Mass sedang berjalan ke arah bilik guru bersama cikgu x, lalu berselisih dengan beberapa orang pelajar perempuan)

Pelajar : Hye teacher~!!! *sambil melambai-lambai tangan dan tersenyum girang*

Cikgu Mass : Hye girls~! *sambil tersenyum juge*

Tiba-tiba,

Cikgu X : Ape hye-hye? kan dah berapa kali cikgu cakap, nak tegur cikgu bagi salam atau selamat sejahtera!. Kamu ingat cikgu nih kawan-kawan kamu??? *dengan nada yang marah*

Cikgu Mass : *erks* *terkejut*

(pelajar-pelajar tersebut berlalu pergi dengan wajah sedih kerana dimarahi cikgu x)


Aduhaii...saya bingung sekejap.. eh lama juge, seharian mungkin. Memikirkan serta mengenalpasti celah mana terselitnya kesalahan pelajar-pelajar tersebut yang menyapa guru dengan “hye/ hai/ hi” (ikut suka andalah bagaimana nak mengejanya). Tetapi mengapa cikgu x begitu marah?? Bagaimana sebenarnya cikgu x ‘menginterpret’ sapaan pelajar-pelajar itu?? Adakah cikgu x merasakan sapaan sebegitu adalah satu perkara yang biadab dan tidak boleh diterima?? Hm mungkin kot.. kalau tidak, masakan dia begitu marah. Entahlah.. Namun begitu, saya terasa amat kasihan dengan pelajar-pelajar tersebut. Sungguh saya terkejut.


Dari sudut pandangan peribadi, tegas saya katakan bahawa saya tiada masalah dengan sapaan begitu. Saya tidak merasa apa-apa kurang selesa dengan sapaan “hye” mereka itu. Malah saya gembira apabila mereka menegur saya sambil kelihatan sangat gembira di wajah mereka. Saya fikir mungkin mereka merasa gembira berselisih dengan kami ketika itu. Mungkin juga itu adalah cara mereka menonjolkan tanda kemesraan. Aduh, tiba-tiba saya merasakan sedikit rasa tidak puas hati di sini.


Saya berpendapat sedemikian bukanlah kerana saya ini terlalu bersikap konservatif. Memberi dan menjawab salam itu memang bagus, pelajar dan guru sama-sama dapat pahala. Saya tidak nafikan dan tidak juga menghalang perkara baik ini. Tetapi, tidak salah kan sekiranya guru-guru bersikap lebih santai dan ‘less formal’ dengan pelajar?? *saya memang taknak kalah* Pada dasarnya, saya sentiasa percaya kepada had. ‘I’m cool, but I have limit’. Dalam erti kata lain, saya senang bilamana pelajar-pelajar saya mesra dan seronok dengan kewujudan saya di sekolah. Tetapi pada masa yang sama juga, mereka harus berwaspada agar tidak naik kepala dan menyebabkan saya ‘bertukar hijau’.. Dan yang penting sekali, saya tahu menilai pelajar mana yang sopan lagi tertib, dan mana yang ‘tidak cukup diajar’ lagi menyakitkan hati.


Hm kepada rakan-rakan seperjuangan lain, apa pula pendapat anda ye? Bukan niat saya untuk membesar-besarkan perkara kecil ini. Saya sendiri cuba mengabaikannya, namun ia meleret sehingga terhasilnya entri ini. huhu… Maafkan saya sekiranya anda merasakan saya ini cikgu yang entah apa-apa, bakal merosakkan anak bangsa, la dida la dida…Saya tahu anda berpendirian sendiri, begitu juga dengan saya. Akhir kata, selamat mengajar dengan seikhlas hati! =)


Sekian. Love and Peace.



P/s: Abah tersenyum dan menggeleng kepala sahaja apabila membaca kad-kad raya kiriman anak-anak murid saya yang tertulis “I love you so much, teacher!!!xoxo”, “I’m gonna miss you so much, teacher! Mmmmuuahhh” …bayangkan ini terjadi pada zaman abah mengajar dulu (era 60-an), mesti teruk ‘dibasuh’ budak-budak ini kan…hehe..

11 comments:

Anonymous said...

huhuhu..mmg menyedihkan..u now wut, mase owg g ROS, ade skali tuh a few girls were waving to me, sengih2 n said "cikguuuu~" dgn hepi n beria2 nye..pastuh tibe2 ade sorang cikgu yg berdiri dkt ngn dorang sekeh kepale dorang sorang2!!gosh!!owg terdiam, terkedu n terbulat mate..cian gile budak2 tuh..rizen: konon xproper..adehh!!

Jarod Yong said...

well..
I guess there are ppl like Haji Kama in schools eh?

M A S S M A R C E L L A said...

to mimi: hmm mmg kesian sgt..tp nak bwat camane kan..hm takperlah, asalkan anak2 murid sayang kite.. =)


to koko: hahaha! i guess there are.. or at least one! and dat's cikgu x! haha

Anas said...

cikgu x o x o

M A S S M A R C E L L A said...

encik anas,

cikgu x o x o itu adalah saya!
heheh..

sejuk sebak terasa hati bila anak2 murid salam cium tgn cikgu..sobs
malah jauh lebih terharu bila anak murid (girls only) peluk cikgu..huks

sedeyyyyyyyyy... *tearful*

Anonymous said...

oit cik kak.
bile nak update blog ni?

Najib Azmi said...

"pelajar-pelajar tersebut berlalu pergi dengan wajah sedih kerana dimarahi cikgu x"

saya sungguh tertarik dengan stail penulisan kak mass.sungguh menarik.heheh.

apa sekalipun, saya sependapat dgn kak mass. kerana begini lah didikannya, maka tak hairanlah mengapa pelajar tak bertegur sapa lecterur kan kan. ahah

bak kata pepatah, "once bitten, twice shy"

YuNyLoveSYou said...

kak mas!! ayuni here~~~ update la lagikkkk....

Bookworm said...

hahahaha sebelum saya bertukar hijau?hehe

i think its find jugak!

ntah la the world is revolving kot.some things which were considered rude are not rude anymore now kot.

Rosnah binti Muhd Yusoff said...

saya add blog awak dalm blog saya ek

mimisyamimi said...

Kak mass, sy pun ske kalu students tegur secare less formal. dieorg suke je tegur "hello or hye teacher". tp xdek plak terdengar cikgu2 kat skola sy marah2 or rase sumthing.
Sy rase la kan, mayb ckg X tu jeles students sapa/tegur k mass, not her/him..nmpak cam students tu lagi mesra ngan k mass la kan..not her/him...hahaha~~