Hahahahaha!!!! Gelak besar saya apabila ‘dikejutkan’ oleh teman-teman bahawa saya ini dalam diam-diam sebenarnya adalah seorang yang….yang….PSYCHO! hahahahah!!! (gelak lagi).
Saya pasti anda semua tahu apa maknanya psycho itu bukan? Seorang yang gila dan menakutkan maksudnya. Ya, teman-teman rapat saya mengatakan saya sebenarnya psycho kerana saya pernah melakukan sesuatu yang ‘pelik’. Perkara-perkara ‘pelik’ itu nyata menjadikan saya seorang yang psycho, kata mereka. Haha..
Sebenarnya saya sendiri pun tidak pasti samada saya ini benar-benar pelik atau tidak. Dari satu sudut, memang benar apa yang saya lakukan itu adalah psycho. Buktinya, setiap orang yang mengetahui perkara ini PASTI tergelak besar dan terkejut lantas mengatakan bahawa saya psycho. Tetapi dari sudut yang lain pula, ia hanyalah cara ataupun strategi saya untuk mendapatkan apa yang saya mahu asalkan hati saya bahagia dan puas! (haha ini adalah alasan membela diri mungkin). Tiba-tiba teringat pula cerita-cerita tentang agen penyiasatan rahsia seperti Mission Impossible, James Bond, Alias etc. (mungkin saya boleh jadi seperti mereka kottt..hehehe)
Walau bagaimanapun, tegas saya katakan di sini bahawa saya tidak pernah mewujudkan apa-apa huru-hara mahupun mendatangkan ancaman kepada sesiapa. Saya tiada kaitan dengan pengaruh kongsi gelap ya. Hehe. (kalau ada pun, ianya tidak mendatangkan apa-apa bahaya kepada individu terbabit, cuma sedikit kejutan dan trauma mungkin). =P
Akhir kata, saya sama sekali tidak merasa bimbang dengan hal ini kerana saya tahu ia tidak akan berulang lagi (insyaAllah. Harap-harap tiada lagi ‘sesuatu’ yang saya mahukan selepas ini). Namun begitu, anda semua harus ingat, bahawa kita semua adakalanya boleh menjadi psycho. Cumanya jelas atau tidak, banyak atau sedikit, berlainan puncanya, berbeza caranya, dan banyak lagi. Bukankah setiap insan itu adalah istimewa?? Hehehe.
P/s : Saya ‘off-task’ sebentar daripada membuat assignment. Hehe. Oh ya, kuliah pada hari ini ialah kuliah terakhir bagi kami pelajar sarjana muda b.ed TESL cohort 2. Alhamdulillah.. Jadi, selamat tinggal dewan-dewan kuliah dan pensyarah-pensyarah! hehe =P
2 comments:
off task gak la
psiko tapi mesra
haha
psiko tapi mesra malah baik hati dan best
hahahah
Post a Comment